Kebaikan Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set | Review

20 October 2015

Assalamualaikum. Untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, banyak white head, black head dan liang pori yang besar, Ayue cadangkan anda guna Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set. Dalam artikel ni Ayue akan share dengan anda kebaikan dan kelebihan TimeWise MicroDermabrasion Plus Set dari Mary Kay ni serta cara penggunaanya.


Tau tak, benda yang paling Ayue risau bila berjumpa dengan orang ramai adalah apa pendapat mereka tentang kulit Ayue bila tengok secara dekat. Dari jauh bukan main nampak flawless, dalam gambar apatah lagi. Tapi bila depan-depan? Haa..macam-macam ada. White head lah, black head lah, liang pori pulak fuhhh..besar!

Majoriti wanita mengalami masalah yang sama dengan Ayue rasanya. Pada Ayue, kunci dia hanya rajin. Kita kena rajin belek wajah kita. Kita kena rajin belai wajah kita. InsyaAllah, masalah tu semua akan hilang. Tapi nak belek, nak belai semua tu guna apa? Ni yang Ayue nak share dengan anda ni.

Kebaikan Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set | Review

Kebaikan Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set | Review

Set ini mempunyai dua produk iaitu scrub dan serum yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ia akan membantu akan untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri dan bebas dari masalah yang Ayue sebutkan tadi. Whoaaa. Selain dari set penjagaan kulit yang biasa anda gunakan untuk rutin harian, scrub dan serum juga penting untuk boost up keberkesanannya.

Kebaikan Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set | Review

Mary Kay TimeWise® Microdermabrasion Refine

Macam yang kita semua tahu, kita tak perlu menggunakan scrub hari-hari. Cukup sekadar 2 ke 3 kali seminggu. Refiner ini adalah scrub yang sangat halus. Kita tak perlu sental terlalu kuat kerana kulit wajah kita sangat nipis dan yang bestnya, scrub ini akan membersihkan wajah anda hingga ke dasarnya. Kulit wajah anda akan nampak lebih cerah dan glowing setiap kali lepas menggunakannya.

Mary Kay TimeWise® Microdermabrasion Refine


Kelebihan menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Refine

  • Membersihkan sel-sel kulit mati, kekotoran dan membersih hingga ke dalam liang pori
  • Meningkatkan baru tumbuh semula sel kulit
  • Membantu untuk menaikkan semula kulit yang sihat dan berseri

Cara penggunaan TimeWise® Microdermabrasion Refine

Selepas membersih wajah, sapukan TimeWise® Microdermabrasion Refine ke atas wajah yang basah dan urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat selama 1 ke 2 minit. Fokus pada bahagian bermasalah dan kemudian bilas.

Tahu tak kenapa Ayue risau bila orang lihat wajah Ayue secara dekat? Sebab setiap orang mempunyai lebih 20,000 liang pori pada muka masing-masing. Banyak kan?! Sebab itu kita kena pastikan liang pori kita kecil supaya wajah nampak lebih flawless, tanpa cela.



Mary Kay TimeWise® Pore Minimizer Serum

Selepas membersih wajah dengan refiner, anda boleh gunakan TimeWise® Pore Minimizer Serum pula untuk mengurangkan penampilan liang-liang pori. Serum ini merupakan gabungan ekstrak botani yang dapat membantu mengukuhkan kulit kita sekaligus menjadikan saiz liang kelihatan lebih kecil.

Mary Kay TimeWise® Pore Minimizer Serum


Kelebihan menggunakan TimeWise® Pore Minimizer Serum

  • Membantu mengukuhkan kulit dan menjadikan saiz liang kelihatan lebih kecil
  • Ia tidak berminyak atau melekit dan meninggalkan kemasan yang licin.
  • Mempunyai formula menyerap yang pantas yang membantu menenangkan dan membuat kulit selesa
  • Mengurangkan kemerahan

Cara penggunaan TimeWise® Pore Minimizer Serum

Selepas menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Refine, pam 2 - 3 kali ke tapak tangan sapu rata keseluruhan kulit wajah. 2 kali sehari, pagi dan malam. Kemudian teruskan dengan rejim penjagaan kulit anda.




Jika anda menggunakan Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set ini secara konsisten, anda akan lihat keberkesanannya seawal 3 minggu! Seronokkan kalau dapat kulit wajah yang flawless dan glowing? Hehe.


Artikel berkaitan Mary Kay:


💗 CONTACT 💗


Nak cuba Mary Kay® TimeWise MicroDermabrasion Plus Set ni? Jangan risau, Ayue takkan paksa anda beli. Ayue cuma nak tahu je condition kulit anda. Kalau anda perlu bantuan Ayue, DM je ok? Ayue akan consult anda sampai anda faham tentang masalah kulit anda dan bantuan macam mana yang anda perlukan. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok?


Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.


Join the conversation!

  1. maaf nk bertnya..if sy amik plus set ni bersama2 dgn set timewise yg ade cleanser,moisturizer,day & night solution,,selepas sy pakai serum baru pakai day solution n moisturizerkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. serum perlu dipakai sebelum moisturizer sbb molekulnya lebih kecil. Ia akan serap masuk ke dalam kulit dlu, kemudian baru moisturiser.

      Delete
  2. maaf nk bertnya..if sy amik plus set ni bersama2 dgn set timewise yg ade cleanser,moisturizer,day & night solution,,selepas sy pakai serum baru pakai day solution n moisturizerkan

    ReplyDelete
  3. kalo pkai dua ni dgn set timewise,, slps pkai serum bru pakai day/ night solution n moisturizer la ye?

    ReplyDelete
  4. Salam..sy nk brtanya..sy mnggunakan set botanical..so scrub tu sblm pakai mask ye?lps tu bru gn serum..toner n moisturiser?serum pakai setiap hari ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, scrub dlu baru mask, kemudian toner, serum dan moisturiser, serum 2x sehari

      Delete
  5. salam...nak bertanya..klau pakai TimeWise® Microdermabrasion Refine ni...then mlm sya pakai serum night solution untuk siang pakai TimeWise® Pore Minimizer Serum,boleh ke?

    ReplyDelete
  6. salam..nak tanya,kalau pakai scrub TimeWise® Microdermabrasion Refine,then malam pakai TIMEWISE NIGHT SOLUTION lepas tu siang pakai TimeWise® Pore Minimizer Serum...boleh ke?

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.