Malika Confinement Care | Pakej Penjagaan Bersalin Hingga ke Luar Negara

06 January 2016

Assalamualaikum. Zaman sekarang, wanita makin lupa tentang betapa pentingnya tempoh berpantang selepas bersalin terutamanya wanita yang bekerjaya. Mana tidaknya, terlalu sibuk dengan aktiviti harian hingga terlepas pandang tentang betapa pentingnya proses berpantang. 

Photo Credit : Kosmo!

Ada juga yang sudah tahu kepentingan berpantang, tapi masih mengendahkannya kerana menganggap berpantang ni sesuatu yang leceh, merumitkan dan membuang masa. Tahu tak, jika anda tidak berpantang, kemungkinan untuk anda mendapat penyakit seperti bisa urat, bisa sendi, sakit pinggang dan macam-macam lagi apabila usia meningkat adalah tinggi. Nak ke sakit sana, sakit sini bila dah tua nanti sedangkan kita mempunyai pilihan untuk mencegahnya masa kita muda belia ni?

Photo Credit : Google

Ayue bersyukur kerana mak Ayue masih ada dan kebetulan mak Ayue memang bidan di kampung. Jadi Ayue memang mengharapkan mak untuk uruskan Ayue bila berpantang nanti. Tapi untuk anda yang tidak tahu dimana dan apa yang hendak dibuat ketika berpantang, Ayue nak share satu tempat dimana anda tak perlu risau lagi tentang proses berpantang.


Malika Confinement Care

Malika Confinement Care menawarkan penjagaan pantang selepas bersalin dari rumah ke rumah. Mereka mempunyai pelbagai pakej mengikut kesesuaian dan bajet anda. Bukan saja pakej rawatan berpantang selepas bersalin, malah terdapat juga urutan semasa mengandung (Pre Natal Massage), dan urutan tradisional untuk menghilangkan stress.


Amboi, makin mudah sekarang ni. Kadang-kadang memang ibu kita ada untuk uruskan makan pakai kita, tapi tak mahir mengurut pula. Salah urut, lain pula jadinya nanti. Mak Ayue selalu pesan, perut wanita jangan diurut sesuka hati terutama yang masih dara. Kalau salah urut, rahim jatuh susah pula nak mengandung. Sama lah juga dengan wanita berpantang. Tak boleh diurut sesuka hati okey. Salah urat, bentan nanti!


Ada beberapa pakej rawatan selepas bersalin yang ditawarkan oleh Malika Confinement Care ni. Anda boleh lihat pakej-pakej dibawah.


Pakej-pakej ini bermula dari rawatan 3 hari hingga ke 30 hari yang merangkumi rawatan untuk ibu dan baby sekali. Pihak Malika akan datang setiap hari ke rumah anda selama 4 hingga 5 jam. Paling penting, segala bahan-bahan yang digunakan semasa proses bertangkas, bertuas dan mandi herba adalah dari daun-daun segar. Nak kata owner Malika ni "Tak main lah daun kering~" Hehe.

Apa yang Ayue suka tentang Malika Confinement Care ni, mereka menyediakan confinement lady (CL) yang berpengalaman, melayu dan islam. Bukan main tangkap muat je. Semuanya pihak Malika Confinement Care akan sediakan kecuali bengkung. Anda perlu menyediakan bengkung anda sendiri.

Kalau anda berminat dengan pakej-pakej ni, sila buat tempahan seawal 3 atau 4 bulan sebelum bersalin ya. Jangan dah bersalin baru nak cari, takda yang available pula nanti. 

Untuk anda yang mengandung, anda boleh cuba urutan prenatal ni. Urutan ni bagus untuk merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah. Tapi wanita hamil yang mempunyai masalah hypertension & pre eklampsia, yang pernah keguguran, dan yang kandungannya masih di awal 12 minggu, Ayue tak galakkan untuk membuat urutan ni okey? Risau baby anda masih belum kuat :)


Untuk yang inginkan urutan tradisional pula, di Malika Confinement Care, mereka menawarkan urutan aromatherapy dan anti-stress. Kalau rasa penat-penat, stress dengan masalah harian, boleh lah berurut dengan mereka. Urutan tradisional ni lagi best dari urutan di spa tau.



Paling best, bukan saja di dalam Malaysia malah anda yang berada di luar negara pun boleh dapatkan rawatan dari Malika Confinement Care ni tau. Terkejut tak? Malika Confinement Care sedia memberi rawatan kepada anda yang berhijrah ke luar negara tapi masih inginkan penjagaan berpantang disana. Untuk pelajar dan anda yang bekerja di luar negara tu, tak perlu risau lagi okey kalau takda mak bidan dekat sana. Malika Confinement Care kan ada? Hehe.

Untuk bulan 5 tahun ni, Confinement lady Malika Confinement Care akan diterbangkan ke Melbourne, Australia dan Abu Dhabi untuk penjagaan pantang disana. Hebat tak?! Jadi anda jangan lambat-lambat booking tau. (Tertakluk pada terma & syarat)

Malika Confinement Care mengambil tempahan sekitar Klang Valley dan Nilai. Untuk kawasan luar, cas sebanyak RM10 hingga RM50 akan dikenakan bergantung pada destinasi.

Badan wanita selepas bersalin adalah sangat-sangat sensitif. Perlu rawatan yang betul untuk memulihkan segala urat-urat halus yang putus ketika bersalin. Jangan pandang remeh okey?




Atau hubungi terus melalui Whatsapp 0162078091 (Noor)




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Alamat kat mana, boleh kita tolong update and share di http://www.qaasoo.com/listing/malika-confinement-care/

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.