Assalamualaikum. Anda pernah guna MOLPay Cash? Tahu tak MOLPay Cash tu apa? Haa, Ayue pun baru pertama kali guna MOLPay Cash ni. Senang je rupanya. Selama ni pernah dengar dan tengok logo MOLPay Cash ni dekat 7Eleven. Tapi tak pernah tahu pun apa sebenarnya MOLPay Cash ni.



MOLPay Cash ni sebenarnya salah satu penyelesaian pembayaran di seluruh kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia bagi pilihan pembayaran yang inovatif. Sekarang anda boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang anda beli secara online. Maksudnya lepas ni kalau anda takda credit card atau duit dalam bank anda tak cukup untuk buat online banking, boleh la guna kaedah MOLPay Cash ni. Selamat pun selamat. Mudah pun mudah. Hanya perlu pergi ke 7eleven untuk buat pembayaran.

Pening? Jangan risau. Meh Ayue tunjuk macam mana nk guna MOLPay Cash ni ya? Baru-baru ni Ayue shopping sakan di website Hermo.MY. Biasalah Hermo kan selalu buat sales memukau? Mana boleh terlepas kan. Bukan saja Hermo, website lain juga boleh.




Cara menggunakan MOLPay Cash di Hermo

1) Pilih barang yang anda nak beli di Hermo.MY, masukkan ke dalam shopping cart kemudian proceed to checkout.



2) Masukkan alamat anda untuk penghantaran. Pilih courier mana yang anda mahu. GDex (Weekday) atau Ninja Van (Weekend).


3) Pilih cara pembayaran. Untuk MOLPay Cash, anda kena pilih "Credit/Debit Card". Kemudian klik "checkout now".


4) Klik payment option, dan pilih 7Eleven (MOLPay Cash) sebagai bayaran.



5) Tangkap gambar transaction detail (Transaction ID, Verification Code, Jumlah Bayaran)


6) Pergi ke 7Eleven terdekat untuk membuat pembayaran. Beritahu pada cashier yang anda mahu buat MOLPay Cash. Selalunya mereka akan minta barcode (bukti) seperti dibawah untuk mereka scan.


7) Bayar jumlah yang anda beli pada cashier dan cashier akan beri anda dua resit. Resit MOLPay dan resit 7-Eleven sebagai bukti pembayaran. Selesai.


Mudah kan? Incase kalau anda tak cukup duit dalam bank atau anda takda credit card, boleh sangat lah guna kaedah pembayaran MOLPay Cash ni. Nak bayar pun senang. 7Eleven kan buka 24jam? Hehe.

Tak sabarnya nak tunggu barang sampai!! Anda kalau nak shopping jugadi Hermo, Ayue ada diskaun code nak share dengan anda ni. Boleh dapat diskaun sebanyak RM5 dengan pembelian minima RM60 (tidak termasuk kos penghantaran).


HMOLPAYCASH05



*Notes:
Diskaun boleh diguna mulai 1 Sep 2016 - 31 Dec 2016
Penggunaan sekali sahaja bagi setiap pelanggan
Tawaran ini tidak sah dengan penggunaan kod promosi



Untuk maklumat lanjut boleh layari :
MOLPay Cash : www.molpay.com/v3/cash




xoxo,

post signature