Cara bayar guna MOLPay Cash di 7Eleven

21 September 2016

Assalamualaikum. Anda pernah guna MOLPay Cash? Tahu tak MOLPay Cash tu apa? Haa, Ayue pun baru pertama kali guna MOLPay Cash ni. Senang je rupanya. Selama ni pernah dengar dan tengok logo MOLPay Cash ni dekat 7Eleven. Tapi tak pernah tahu pun apa sebenarnya MOLPay Cash ni.



MOLPay Cash ni sebenarnya salah satu penyelesaian pembayaran di seluruh kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia bagi pilihan pembayaran yang inovatif. Sekarang anda boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang anda beli secara online. Maksudnya lepas ni kalau anda takda credit card atau duit dalam bank anda tak cukup untuk buat online banking, boleh la guna kaedah MOLPay Cash ni. Selamat pun selamat. Mudah pun mudah. Hanya perlu pergi ke 7eleven untuk buat pembayaran.

Pening? Jangan risau. Meh Ayue tunjuk macam mana nk guna MOLPay Cash ni ya? Baru-baru ni Ayue shopping sakan di website Hermo.MY. Biasalah Hermo kan selalu buat sales memukau? Mana boleh terlepas kan. Bukan saja Hermo, website lain juga boleh.




Cara menggunakan MOLPay Cash di Hermo

1) Pilih barang yang anda nak beli di Hermo.MY, masukkan ke dalam shopping cart kemudian proceed to checkout.



2) Masukkan alamat anda untuk penghantaran. Pilih courier mana yang anda mahu. GDex (Weekday) atau Ninja Van (Weekend).


3) Pilih cara pembayaran. Untuk MOLPay Cash, anda kena pilih "Credit/Debit Card". Kemudian klik "checkout now".


4) Klik payment option, dan pilih 7Eleven (MOLPay Cash) sebagai bayaran.



5) Tangkap gambar transaction detail (Transaction ID, Verification Code, Jumlah Bayaran)


6) Pergi ke 7Eleven terdekat untuk membuat pembayaran. Beritahu pada cashier yang anda mahu buat MOLPay Cash. Selalunya mereka akan minta barcode (bukti) seperti dibawah untuk mereka scan.


7) Bayar jumlah yang anda beli pada cashier dan cashier akan beri anda dua resit. Resit MOLPay dan resit 7-Eleven sebagai bukti pembayaran. Selesai.


Mudah kan? Incase kalau anda tak cukup duit dalam bank atau anda takda credit card, boleh sangat lah guna kaedah pembayaran MOLPay Cash ni. Nak bayar pun senang. 7Eleven kan buka 24jam? Hehe.

Tak sabarnya nak tunggu barang sampai!! Anda kalau nak shopping jugadi Hermo, Ayue ada diskaun code nak share dengan anda ni. Boleh dapat diskaun sebanyak RM5 dengan pembelian minima RM60 (tidak termasuk kos penghantaran).


HMOLPAYCASH05



*Notes:
Diskaun boleh diguna mulai 1 Sep 2016 - 31 Dec 2016
Penggunaan sekali sahaja bagi setiap pelanggan
Tawaran ini tidak sah dengan penggunaan kod promosi



Untuk maklumat lanjut boleh layari :
MOLPay Cash : www.molpay.com/v3/cash




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. salam nak tanya, the thing yang barcode dia bagi dekat email tu kena print or can just use phone untuk tunjuk dekat dia

    ReplyDelete
  2. Kalau beli barang kat lazada,boleh jugak guna kaedah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak pasti tentang lazada sbb jarang beli brg dekat sana. Tapi kalau masa payment tu ade options utk byr guna MOLpay, boleh je :)

      Delete
  3. salam sis nk tanya.. Description nk tulis apa ye dkt MOLPay 2

    ReplyDelete
  4. Asslm sis... Byr kat 7e tu guna cash lah kannn... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, guna cash saja. cuma masa byr perlu ada barcode tu utk staff 7E scan ya.

      Delete
    2. Kalau kita tulis je nombor tu boleh ke? Atau nk kena ada barcode tu jugak?

      Delete
  5. salam. Molpay boleh pakai kad x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, maksud awak guna kad bank masa bayar dekat 7E ke? boleh.

      Delete
  6. Umur berapa boleh beli barang online

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kira umur sbb ia tak memerlukan apa2 transaksi bank. Cuma pilih MOLPay Cash 7E, dapatkan barcode dan boleh dibyr di 7E berdekatan.

      Delete
  7. Umur berapa boleh beli barang online

    ReplyDelete
  8. Assalam sis.kl kita dh byar kat molpay 7e tu ada nk kna buat pape pengesahan k yg kita dah bayar.atau kita tgu barang sampai j

    ReplyDelete
  9. Kenapa id and barcode tu x boleh scan ye , dah 2 kedai 7e saya pergi , mmg x bole . Molpay ni mmg prnh ada mslh teknikal ke😣

    ReplyDelete
  10. Kenapa no id verification n barcode saya x boleh scan? Dah 2 kedai 7e saya pergi , mmg x boleh. Ke molpay no mmg Ada mslh teknikal 😣

    ReplyDelete
  11. akak , lepas buat payment . resit tu akan digunakan balik ke ?

    ReplyDelete
  12. kalau saya nak bayar molpay tu guna kad kredit boleh ke kat 7e

    ReplyDelete
  13. Kalau ss ja barcode tu blhkan?

    ReplyDelete
  14. kena bayar pd hari same kite purchase barang ke?

    ReplyDelete
  15. Laman beli belah apa je yang guna kaedah molpay ni? Apa yang saya tahu lazada dengan 11 streets je yg guna kaedah ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly online website yg byr thru online banking ada molpay. Sy pun tak ingat website apa.

      Delete
  16. Kalau Kita tak bayar dalam masa Yang ditetapkan ape jadi ye?

    ReplyDelete
  17. Terima kasih sis untuk info yg berguna ni. Baru tau camna nk guna molpay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klw dah scan smua tu.. Mcm mne nak tau yg barang kita tu dlm proses ke tak..

      Delete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.