Assalamualaikum. Sebenarnya Ayue dah tahu lama dah tentang website online shopping barangan China yang murah iaitu Taobao. Tapi tak pernah beli sebab tak faham cara nak beli dan apa sebenarnya produk yang ditawarkan. Tapi lepas Ayue jumpa website SGshop, semuanya mudah!


SGshop ni sebenarnya merupakan agen Taobao di Malaysia. Siapa yang pernah singgah website Taobao mesti tahu yang Taobao ni ada banyak sangat barang yang cantik, tetapi dijual dengan harga yang sangat murah. Jauh beza harganya dengan pasaran di Malaysia tau. Berkali-kali ganda murahnya.


Cuma sebelum ni Ayue ada masalah nak faham system website Taobao tu walaupun dah guna Google Translate. Yela, tak biasa dengan system di China kan. Tapi dekat SGshop, mudah je nak beli barang yang Ayue nak tu sebab lebih mudah systemnya.



Sedikit info tentang SGshop
SGshop ditubuhkan sejak dari Ogos 2011 di Singapura. Mereka berkembang ke Malaysia pada Mac 2015 dan didaftarkan sebagai syarikat tempatan dibawah nama SGshop Ecommerce Sdn Bhd (1123326-T) yang pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. 

Secara umumnya, segala produk yang anda inginkan di Taobao, mesti ada di SGshop. Anda cuma perlu search di ruangan carian.  Cara nak shopping di SGshop ni mudah saja.

1) Anda perlu mendaftar akaun anda di SGshop. Klik : SGshop



2) Cari barang yang anda mahu di ruangan search atau melalui kategori.



3) Pilih barangan yang anda mahu, "Add to cart"



4) Submit order anda. Ini adalah pembayaran pertama iaitu jumlah yang ada bayar adalah total : harga produk + domestik shipping (China Express).



5) Bayar melalui topup credit akaun SGshop. Anda boleh topup credit melalui Public Bank, Maybank atau RHB Bank. Jika credit berlebihan, anda boleh withdraw balik ke bank anda.




6) Submit delivery. Ini adalah pembayaran yang kedua dimana segala kos international shipping + servis + clearance akan diambil kira setelah barang anda sampai ke Warehouse.



7) Pilih shipping method bersesuaian dengan bajet anda.


*Boleh rujuk di link ni untuk cara pembelian yang lebih detail : http://www.sgshop.com.my/?guide


Ada banyak pilihan barang yang anda boleh pilih. Ayue mesti lah tengok baju dan barang blogging Ayue kan. Baju di SGshop ada banyak size. 5XL pun ada! Orang badan berisi macam Ayue pun boleh shopping baju cantik tau. Kalau tak pasti dengan size, anda boleh rujuk description di bawah setiap barang.


Seriously Ayue sendiri terkejut dengan harga yang ditawarkan. Bayangkan baju-baju ni semua tak sampai RM20 pun sehelai? Kasut dan beg pun murah-murah belaka. Rambang mata lah kalau dah mula memilih tu. Ayue ambil masa berhari-hari tau untuk pastikan barang apa yang Ayue betul-betulknak beli.


Antara barang blogging yang Ayue cari pula adalah backdrop untuk video dan gambar, props, dan lighting. Bayangkan lighting studio kit di SGshop ni ada yang bawah dari RM100! Murah gila okey. Kalau di Malaysia, paling murah Ayue pernah jumpa pun lebih dari RM200. Nampak tak betapa jauhnya perbezaan harga kat situ.


Bukan tu je, Ayue ada juga cari meja atau vanity table untuk beauty room Ayue tu. Pun ada! Design cantik dan murah pula tu. Alahai, geram je tengok. Tapi sebab Ayue dah pilih banyak baju, Ayue hold dulu meja mekap ni. Nanti boleh shopping lain. Kesian betul.


Geram kan tengok harga barang dekat SGshop ni? Anda kena pandai pilih tau sebab ada banyak seller jual barang yang sama. Anda kena pandai pilih seller yang paling murah harganya. Barulah berbaloi.

Tips Ayue masa shopping di SGshop ni, kadang-kadang warna barang atau info lain ditulis dalam tulisan China. Untuk memudahkan anda dari copy paste di Google Translate, anda boleh juga right click dan Translate ke English untuk melihat apa sebenarnya info yang ada pada barang tersebut.


Kalau masih tidak faham, atau ada info yang tidak dinyatakan di situ. Anda boleh chat dengan Pegawai Khidmat Pelanggan mereka. Ayue banyak kali juga tanya pelbagai soalan. Semuanya dijawap dengan pantas.


Online shopping website yang murah macam ni sesuai untuk peniaga yang nak borong barang China, tetapi dari Malaysia. Tak perlu lagi dah ke China, boleh order online je sekarang ni.

Update: May 2017

Sekarang Ayue tengah buat giveaway untuk pembaca blog Ayue ni. peluang untuk menang shopping credit RM200 di SGshop tau! Manalah tau lepas register terus ada rezeki shopping FREE pulak? Yang dah lama ada akaun pun boleh join. Tak da masalah. Psst, baju raya dekat SGshop cantik-cantik okey! Jemput join giveaway Ayue di:

http://www.ayueidris.com/2017/05/14-fesyen-baru-raya-2017-di-taobao.html

Best of luck!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Instagram : @sgshop_malaysia
Facebook : SGshop Malaysia



post signature