Beli tilam Queen RM399 di Pesta Tilam Terbesar Courts!

12 October 2016

Assalamualaikum. Entry kali ni Ayue excited sikit nak share sebab mana lah tahu ada di antara pembaca blog Ayue ni tengah cari tilam baru macam Ayue? Maklum lah, hujung tahun ni kan dah nak tidur berdua, takkan nak tidur atas katil single lagi kan? Mesti lah nak cari katil dan tilam yang selesa untuk kami.

Hari tu Ayue ada pergi ke Courts Megastore Sri Damansara untuk tengok sendiri Pesta Tilam yang hangat diperkatakan ni. Ya ampun, rambang mata betul! Courts Megastore ni merupakan cawangan terbesar Courts. Ayue suka dengan cawangan Courts yang ni sebab nampak lebih moden dengan konsep kontemporari, senang nak kenal pasti kawasan barang dengan sistem kod warna, banyak sangat pilihan yang ada, sistem paparan modular untuk ketengahkan promosi yang ada, pendek kata Ayue suka lah.


Paling Ayue suka adalah konsep retailnya yang baru dan moden seperti Ultimate Screens, Cool Zone Plus, YourBedding dan YourFurniture. Duduk berjam-jam pilih barang disini pun tiada masalah sebab selesa sangat.



Okey, apa benda yang Ayue nak share dengan anda sangat ni? Haa, untuk anda yang sedang mencari set katil dan tilam, Courts sekarang tengah buat Pesta Tilam terbesar & jenama terkenal di bawah satu bumbung. Ada diskaun sehingga 80% untuk barangan tertentu mulai 29 Sept - 27 Okt 2016. OMG! Murahnya!


Bukan tu je tau, ada macam-macam lagi promosi yang ada sempena Pesta Tilam ni. Antaranya

  • Tilam King Koil bersaiz Queen berharga dari RM399
  • 4pcs Set Bilik Tidur berharga dari RM799
  • Rangka katil berharga dari RM99
  • Sofa Bed berharga dari RM299
  • Diskaun 20% untuk kesemua siri Silent Night Storage Solution

Offer yang paling berbaloi di Pesta Tilam Courts 2016 ni adalah
KingKoil Queen foam mattress dari RM399
Vono Queen spring mattress dari RM599

Kalau anda beli mana-mana tilam bersaiz Queen pada harga RM1,299 dan ke atas, anda boleh beli tilam bersaiz single atau rangka katil berkembar pada RM1 saja!!

Tilam King Koil bersaiz Queen berharga dari RM399

4pcs Set Bilik Tidur berharga dari RM799

Rangka katil berharga dari RM99

Sofa Bed berharga dari RM299

Diskaun 20% untuk kesemua siri Silent Night Storage Solution

Nampak tak betapa murahnya tilam di Pesta Tilam Courts 2016 ni? Bukan sebarang tilam tau. Ada 8 jenama tilam terkenal yang ada di Courts. Antaranya King Koil, Vono, Silent Night, Englander, Dunlopillo, Napure, Dorma London, dan Slumberland. Pilih je jenama mana satu yang menjadi pilihan anda. Yelah, ada orang lebih pentingkan jenama, ada orang pentingkan harga. Kalau Ayue, tak kisah jenama apa, janji bila tidur, selesa!


Ayue tahu kebanyakkan orang bujang tak kira lelaki atau perempuan terutama yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor duduk menyewa bilik dengan rakan-rakan. Lepas kahwin mesti nak cari perabot dan peralatan untuk rumah baru kan. Antara yang paling penting adalah set tilam. Tapi harga tilam yang berkualiti mak aihhh, mahal betul! Fikir dua tiga kali juga Ayue nak beli tilam tu.

Yelah, nak pilih tilam kenalah yang serasi dengan kita. Salah pilih sakit-sakit badan dibuatnya. Tak boleh terlalu lembut sebab tak elok untuk tulang belakang. Terlalu keras pun tak elok juga. Jadi kena cari yang sedang-sedang saja. Tips untuk cari tilam ni, kita kena baring atas tilam tu. Kalau kita dah bersuami, ajak suami baring sekali atas tilam tu. Baru kita tau macam mana rasa bila kita baring berdua. Kalau selesa, puas hati, baru beli okey? Tilam nak pakai lama tau, jadi nak beli biarlah berbaloi ya.


Buat anda yang nak beli set katil atau tilam baru untuk persediaan lepas kahwin ke, untuk rumah baru ke, boleh lah ke Pesta Tilam Courts ni. Di bahagian YourBedding ada banyak sangat pilihan yang anda boleh pilih. Anda boleh pilih sama ada nak beli tilam saja, katil saja atau set bilik tidur terus.






Pilihan set bilik tidur di Courts pun boleh tahan cantiknya tau. Antaranya set di bawah ni. Sangat laris sebab designnya cantik dan harganya berpatutan.


Untuk tilam pula, selain dari tilam King Koil yang ada promosi RM399, Vono juga ada promosi RM599. Kalau anda ada bajet lebih, boleh cuba tilam jenama yang lain. Kalau Ayue, Ayue lebih suka Slumberland. Berkenan betul Ayue dengan design dan tahap selesa tilam ni.




Design tilam sekarang ni tak macam dulu lagi dah. Tilam sekarang lebih cantik sebab sarungnya tu ada corak. Lebih moden kononnya. Tilam tu sendiri pun berwarna warni tau. Bukan putih kosong macam dulu.



Tilam kanak-kanak yang bercorak macam ni comel sangat kan? Nak pasang sarung tilam pun sayang ni. Hehe. Bukan tilam je, set katil kanak-kanak di Courts pun cantik. Kalau Ayue dah ada anak, memang Ayue grab seketul.



Untuk anda yang pertama kali nak beli barangan di Courts macam Ayue, ini antara ciri-ciri Courts yang membuatkan Ayue yakin nak berbelanja disini.
  • Harga terendah di pasaran
  • 30 hari 'hassle-free', pertukaran dan pemulangan balik
  • Tempahan produk sehingga 14 hari
  • Penghantaran sepantas 5 jam untuk kawasan Lembah Klang
  • Lanjutan waranti sehingga 10 tahun
  • Kelulusan 100% Courts FLEXICREDIT untuk pembelian RM1000 ke atas

Jadi apa tunggu lagi? Jom ke Courts? Pilih-pilih tilam mana yang berkenan di hati. Ayue dah ada tilam yang Ayue suka. Anda pula macam mana? 


Ayue ada berita baik nak kongsi dengan pembaca blog Ayue ni. Ayue sedang buat GIVEAWAY untuk pengikut Ayue di Instagram. Pemenang akan dapat voucher Courts RM200 tau! Anda boleh gunakan voucher tu untuk membeli barangan elektrik atau perabot. Kalau nak beli tilam pun boleh. Best kan? Jangan lupa join okey? Giveaway berlangsung mulai 12 Okt - 27 Okt 2016.



Oh ya, dekat website Courts pun ada macam-macam promosi tau. Sekarang ada Flash Deal dengan harga yang tersangat murah! Jangan lepaskan peluang ni okey. Bakal-bakal pengantin kat luar sana, jom shopping tilam? Hehe.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. So cheap, thanks for your sharing! I want to get extra bed for my new house too!

    ReplyDelete
  2. Yay, no need to wait for home furnishing expo anymore for great discounts. Courts prices are already so reasonable.

    ReplyDelete
  3. woo hoo... menarik sungguh... I want to check out those mattresses... look so comfortable

    ReplyDelete
  4. I am happy to find out this place! Will visit Courts for any furniture purchase in future

    ReplyDelete
  5. I bought all these stuff last year from an expo event and you can grab some good deals.

    ReplyDelete
  6. Alamak.
    Macam tau-tau je I nak kena beli bedding baru nie.
    Menariks!

    ReplyDelete
  7. wow good quality priced product at affordable price. will check it out!

    ReplyDelete
  8. hanya rm399? wow, mesti beli ni! :P . thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. wow the mattress looks really good in quality! Will definitely check out mattress at courts!

    ReplyDelete
  10. Wow thats really a great deal! Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  11. This is the time to chance for new bed as my bed look so old and uncomfortable.

    ReplyDelete
  12. sofa bed for the win!!! dahla murah..me like!

    ReplyDelete
  13. This is just perfect, my old tilam starts to make funny sound already :(

    ReplyDelete
  14. Wow thanks for sharing these good deals!!! I feel like diving into them!

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.