Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser & Serum Review

Tuesday, July 31, 2018

Assalamualaikum. Lepas 10 bulan Ayue jadi ibu ni, baru Ayue tahu macam mana penatnya seorang ibu nak membesarkan anak dia. No more beauty sleep, no more 'me time'. Lagi-lagi bila Qaayed dah mula lasak ni, dah mula dapat kaki nak bertatih, Allah, tak senang duduk dibuatnya. Pantang lepa! Ada je projek dia. Kalau dulu masa pregnant ramai sangat tegur kulit Ayue glowing. Naik seri mengandung bak kata orang. Mekap biasa-biasa pun ok dah, Tapi sekarang ya ampun, kusam bukan main. Dengan eyebag berketul-ketul lagi. Ayue pun tak tahu mana silapnya. Skincare guna macam biasa je, takda apa yang berubah. Mungkin sebab terlalu penat dengan rutin harian dan tak cukup rehat yang jadi macam ni.

Jadi Ayue cuba lah cari skincare lain untuk menampung keperluan Ayue ni. Dah jadi ibu bukan bermaksud Ayue dapat lesen untuk selebet ok. Penat macam mana pun kena maintain berseri untuk suami. Yang penting kena rawat kulit muka dulu. Kalau mekap tebal, tapi kulit tak elok, tak best juga kan. Dekat rumah bukan kita nak mekap 24jam pun. Suami tengok muka kita bare face je. Betul tak? Bila kawan Ayue recommend untuk cuba skincare Leaf & Herb, Ayue pun cuba lah juga sebab tengok kulit dia cantik sangat. Ayue dah cuba guna skincare Leaf & Herb ni dah 3 minggu. Lepas Ayue guna and nampak perubahan dia, baru lah Ayue rasa macam nak share dengan anda apa yang best tentang skincare Leaf & Herb ni. Ayue guna 2 produk mereka iaitu Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser dengan Facial Treatment Serum.





Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser

Kulit Ayue ni jenis Normal/Kombinasi. Susah juga sebenarnya nak jaga jenis kulit muka macam ni tau sebab kulit Ayue hanya berminyak di kawasan T-zone saja. Bahagian lain kering. Jadi nak pilih pencuci muka yang macam mana? Untuk jenis kulit berminyak ke kulit kering? Sebab tu bila kawan Ayue beritahu yang Leaf & Herb ni sesuai untuk semua jenis kulit, Ayue tertarik dah sebab senang. Dari kulit normal hingga lah kulit sensitif boleh pakai. Tak payah nak pening-pening fikir dah.


Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser ni diformulasi menggunakan bahan istimewa dan eksklusif seperti PITERA dan GLUTATHIONE yang diimport dari Jepun sebagai bahan utama serta bahan-bahan organik yang lain. Untuk anda yang tidak tahu, Pitera ni lah yang bertindak untuk menyeimbangkan pH kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri. Manakala Glutathione pula membantu dalam mencantik dan memutihkan kulit. Menarik kan?


Packaging nya pula di dalam botol jernih. Senang nak tengok berapa banyak lagi balance produk yang ada di dalam nya. Dan yang paling Ayue suka adalah cleanser ni menggunakan sistem pam. Ayue suka cleanser yang guna sistem pam ni sebab ia lebih hygiene dan terlindung dari bakteria lain. Berbeza dengan cleanser yang Ayue guna sebelum ni, ia dalam tube. Bila dalam tube ni, produk senang untuk meleleh dan melekat pada penutupnya. Kan dah rugi. Siapa yang biasa guna cleanser dalam tube faham lah masalah yang Ayue cakap ni. 


Oh ya, Cleanser ni bukan saja untuk mencuci wajah tau, malah untuk remove mekap juga. 2-in-1, Cleanser dan Make up remover. Senang kerja Ayue, tak perlu nak remove mekap satu per satu lagi dah, sekali gus saja. Tak payah nak guna banyak-banyak produk. Selalunya kalau sekadar mekap light-light tu, Ayue just guna Facial Treatment Cleanser ni je untuk remove mekap. Mata pun tak pedih bila Ayue tonyoh mata yang ada mascara dan eyeliner. Kira ok lah tu. Masalah kulit kering Ayue ni pun dah hampir baik sebab cleanser ni melembapkan kulit wajah sekali.


CARA PENGGUNAAN

Cara penggunaan Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser ni mudah saja. Lakukan rutin di bawah dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur.
  1. Pam sedikit Facial Treatment Cleanser ke tapak tangan.
  2. Gosokkan dengan sedikit air untuk membuatkannya buih berkrim.
  3. Guna gerakkan membulat untuk cuci muka hingga bersih
  4. Basuh muka dan lap dengan towel untuk kering.


Kalau ikut saiz muka Ayue ni untuk full make-up, hanya perlukan 2 pam saja. Bergantung pada muka masing-masing. Yang penting muka memang bersih dan rasa segar saja selepas penggunaan. Bau dia pula wangi sangat! Macam bau dalam kedai Lovely Lace pun ada tau. Tapi takda lah sampai menyakitkan hidung. Cukup sekadar menyegarkan. 




Leaf & Herb Facial Treatment Serum

Lepas cleanser, Ayue cuba juga serum mereka untuk mendapatkan kesan yang lagi optimum. Selain dari pencuci muka, toner, dan pelembap, serum juga merupakan salah satu langkah yang penting dalam penjagaan kulit wajah tau sebab serum ni molekul dia lagi kecil, jadi dia dapat serap jauh ke dalam kulit untuk menjaga kulit kita dari dalam. Sebab tu Ayue tak pernah tinggal serum dalam regime skincare Ayue.


Leaf & Herb Facial Treatment Serum ni juga diformulasi menggunakan bahan istimewa dan eksklusif seperti PITERA dan GLUTATHIONE yang diimport dari Jepun sebagai bahan utama serta bahan-bahan organik yang lain seperti Arbutin, Cucumber, Green Tea dan Chamomile. Jadi ia sesuai untuk  semua jenis kulit. Dari kulit normal hingga yang sensitif. Tak perlu risau ok?


Apa yang menarik perhatian Ayue adalah kebaikan menggunakan serum ni. Ia dapat :

  • Memutihkan kulit wajah
  • Menjadikan kulit glowing
  • Menghilangkan jeragat
  • Meghilangkan parut
  • Anti penuaan & kedutan
  • Mengecilkan liang pori
  • Merawat cela kulit wajah
  • TIADA kesan sampingan

Banyakkan? Selain dari glowing, ia juga bertindak sebagai anti penuaan which is something yang Ayue rasa Ayue perlu ambil kisah sekarang ni. Umur dah 31 tahun, kena lah ambil berat tentang kulit kedut betul tak? Walaupun sebenarnya agak lambat sebab kita kena ambil berat tentang anti-penuaan ni dari umur 25 tahun lagi. Tapi better late than never kan. Anda yang ada masalah acne tu pula memang sesuai sangat guna serum ni sebab ia dapat mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit anda yang bermasalah tu.


Untuk liang pori pula, mungkin liang pori Ayue ni terlalu besar, jadi kena ambil masa sedikit untuk kecilkan. Yela, baru pakai 3 minggu kan. Bukan senang nak kecilkan liang pori yang dah sekian lama berbuka luas ni. Ayue harap liang pori Ayue ni makin mengecil lah nanti. Baru nampak flawless. Cewah.




CARA PENGGUNAAN

  • Sapukan lapisan nipis serum pada permukaan wajah dua kali sehari. 
  • Pagi dan malam sebelum tidur.


Selain dari kebaikan yang Ayue nyatakan dekat atas tadi, serum ni juga boleh dijadikan sebagai mekap base anda supaya mekap tahan lebih lama dan kelihatan glowing. Lagipun tekstur nya water-based, cepat menyerap, tidak berminyak dan tidak melekit langsung. Suka betul lah Ayue dengan produk Leaf & Herb ni. Multipurpose semuanya.


PRODUK INFO

Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser
50ml


Leaf & Herb Facial Treatment Serum
15ml


Masalah utama yang dapat diselesaikan bila guna kedua-dua ni adalah masalah jerawat, jeragat dan parut jerawat. Produk ni juga mampu untuk menjadikan kulit supaya lebih flawless, glowing, dan cerah. Kulit Ayue bukan lah yang jenis bermasalah seperti acne dan parut jerawat.. Jadi Ayue cuma fokus untuk mengembalikan seri muka Ayue ni. Tapi anda yang ada masalah acne tu  boleh lah cuba juga sebab Ayue tengok testimoni semua jadi elok balik kulit mereka. Mana lah tahu serasi dengan kulit anda juga.


Yang paling penting, sebelum memilih untuk bertukar kepada sebarang produk skincare yang lain. WAJIB pastikan yang produk baru tu selamat digunakan. Macam Leaf & Herb ni. Ia dijamin 100% tiada merkuri dan bahan kimia terlarang. Malah tiada paraben dan tiada hydroquinone. Selamat untuk digunakan dan ada kelulusan KKM lagi. Halal pula tu. Kesannya boleh nampak seawal 5 hari tau. Kulit nampak lebih cerah dan glowing seawal 5 hari.




Untuk anda yang ingin cuba juga produk Leaf & Herb ni, boleh layari website mereka :
FB : https://www.facebook.com/leafandherb/
IG : https://www.instagram.com/leafandherb/

Atau Whatsapp mereka di 013-885 9897.


Selamat mencuba!



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page