Beblum Micro Stroller Review

07 August 2018

Assalamualaikum. Salah satu baby gear yang paling penting pada Ayue adalah stroller. Yes, stroller sebab baby ni unpredictable. Bila-bila masa je dia boleh berubah angin, dan nak duduk. Sebelum ni memang Ayue dah ada stroller. Cuma yang kali ni Ayue nak share dengan anda stroller yang sangat bagus dan anda boleh consider untuk beli sebabnya stroller ni COMPACT, RINGAN dan CABIN SIZE.

Ayue tahu, ramai parents sekarang ni yang prefer stroller yang cabin size kan supaya mudah untuk dibawa travel. Sama lah Ayue pun. Ciri-ciri utama yang Ayue cari adalah compact dan cabin size. Bila dah compact, mesti lah akan ringan. Mudah nak dibawa ke mana saja. Takda lagi masalah yang cakap stroller ni berat nak angkut bila travel tau.

Tapi selalunya stroller-stroller yang ada ciri-ciri Ayue sebutkan tadi mesti mahal. Ada yang sampai beribu! Aduhai, tak mampu lah Ayue nak beli stroller sampai beribu tu, carseat pun dah berapa harganya kan. Campur dengan stroller lagi, pening kepala ayah nak fikir. Baby ni bukan sikit-sikit duit nak pakai. Jadi kenalah cari yang lebih affordable, tapi masih mempunyai ciri-ciri yang Ayue sebutkan tadi.



Beblum Micro Stroller

Beblum Micro Stroller ni lah yang Ayue berkenan sangat tu. Ada semua ciri-ciri yang Ayue nak. Bukan tu je, harga nya tersangat lah affordable compare dengan harga stroller lain dipasaran. Beblum Micro ni asalnya daripada Netherlands. Berat nya hanya 5.5kg tau! Lagi ringan daripada berat stroller Ayue sekarang ni. Lagi senang lah nak angkut pergi mana-mana.


Ayue suka designnya yang luas ni sebab baby lagi banyak ruang boleh sandar dan kalau anda perasan, design dia macam hammock (buaian) kan? Baby yang biasa tidur buaian tu mesti suka punya lah. Rasa macam tidur dekat rumah pula, selesa pun selesa. Baby dari 6 bulan yang dah boleh duduk, dah boleh guna stroller ni dah. Baby newborn tak boleh ye sebab stroller ni tak boleh recline. Dia hanya ada satu posisi iaitu sandar. Dan stroller ni boleh guna sehingga anak seberat 20kg (lebih kurang 4 tahun). Qaayed pun seronok je bila naik stroller ni. Selesa betul agaknya. Dia takda meragam ke apa.


Yang bestnya, punya lah comel stroller ni sampai beg dia bila Ayue bawa, dah macam Ayue bawa handbag pula. Haha. Comel kan? Beblum Micro ni dah siap ada bag nya sendiri. Jadi lepas je pakai stroller tu, anda boleh lipat dan masukkan ke dalam beg ni. Bila guna stroller pula beg tu boleh lipat dan masukkan ke dalam ruang belakang stroller. Settle dan kemas. Tak pakai banyak ruang pun. Dalam kereta pun Ayue boleh letak tepi carseat je. Tak kacau ruang lain especially bonet.


 

Kami pakai myvi je. Kalau beli stroller yang besar gedabak, makan space sampai ke bonet, nanti macam mana nak letak barang lain? Nak balik kampung mana nak letak bag? Nak pergi supermarket mana nak letak plastik? Haa, semua tu kena fikir tau sebelum nak beli stroller. Jangan menyesal kemudian hari. Beli stroller cantik-cantik, trendy, fashion, tapi akhirnya menyusahkan diri sendiri.  Lagi pun stroller ni boleh pakai sampai anak berat 20kg, banyak tahun boleh pakai. Jimat banyak dah rasanya. Betul tak?



Lagipun Ayue selalu keluar berdua saja dengan Qaayed tanpa suami. Jadi kena lah cari stroller yang mudah dan ringan untuk Ayue handle. Macam Beblum Micro ni, ia hanya perlukan dua step saja untuk fold. Sangat praktikal. Kalau Ayue naik public transport pun takda masalah sebab tak makan space dan mudah untuk menyelit dalam orang ramai. Nak lalu dekat kaunter pun senang.

Ada banyak lagi ciri-ciri Beblum Micro ni yang best. Ayue list kan di bawah ni ya :
  • From 6 months to 20kg (Approx. 4 years)
  • Stroller weight: Only 5.5kg So Light!
  • Cabin size
  • Easy to store and use “Carry Bag”
  • Front swivel wheels
  • Light as feather
  • Perfect for city strolling
  • Self standing when folded
  • Shopping Basket
  • Ultra compact fold
  • 32cm (w) x 32cm (h) x 16cm (d) (Folded)
  • 47.5cm (w) x 100cm (h) x 62.5cm (d) (Unfolded)







Ni Ayue tunjuk kan sekali video cara unfold stroller ni ya supaya anda dapat gambaran betapa mudahnya Beblum Micro ni. Siap boleh berdiri sendiri bila folded tau.




Oh ya, Beblum Micro ni adalah salah satu stroller paling kecil dan paling padat yang boleh didapati di pasaran tau. Bila dah siap masuk bag, size dia sama besar dengan Qaayed je. Hehe. Comel betul.

Harga dia? Murah je! Sekarang ada promosi RM599!! Haa, percaya tak? Stroller punya best macam ni harga RM599 je? Cepat-cepat lah grab ok? Ada warna Bleck, Grey, Red, dan Blue. Yang Ayue punya ni warna Grey. Smart kan? Sesuai lah dengan Qaayed. Nanti kalau Qaayed ada adik girl pun sesuai juga naik stroller ni. Cewah.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : https://www.beblum.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/beblummalaysia/
Facebook : https://www.facebook.com/BeblumMalaysia/



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. nampak kukuh sangat stroller ni..boleh recommend kat kawan nanti

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.