Tollyjoy Baby Day 2018

21 July 2018

Assalamualaikum. Sekarang ni banyak betul kes melibatkan baby. Ada yang ditinggalkan, didera malah ada juga yang dibunuh dengan kejam. Allahuakbar, tak sanggup Ayue nak bayangkan semua ni. Dalam banyak-banyak kes, Ayue terkesan dengan kes yang melibatkan baby yang dibunuh oleh ibu kandung sendiri. Bayangkan anak yang dikandung 9 bulan dalam rahim si ibu dibunuh begitu saja. Apa yang si ibu fikirkan ketika tu? Ayue sendiri pun tertanya-tanya. Jadi bila Tollyjoy sekali lagi menganjurkan Hari Bayi Tollyjoy 2018 dengan tajuk Kesihatan Mental Bayi dan Kemurungan Selepas Bersalin, terus Ayue setuju untuk hadir.


Hari Bayi Tollyjoy 2018 (Tollyjoy Baby Day 2018) anjuran Tollyjoy Corporation dan Yayasan OrphanCARE kali ini memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi. Topik ini diterangkan oleh Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS. Pada Ayue ilmu ini sangat penting untuk semua kaum ibu supaya jika berlaku apa-apa, kita dapat muhasabah diri dari terus melakukan sesuatu yang memudaratkan.

Untuk pengetahuan anda, Tollyjoy ini dilancarkan di Malaysia pada 2015 dengan kerjasama OrphanCARE. Ia merupakan hari istimewa yang dikhususkan bagi meraikan bayi serta bagi menyambut pengalaman penting ibubapa dalam memberikan yang terbaik buat si kecil. Ia menitikberatkan aspek kekeluargaan, kasih sayang serta penjagaan sempurna kepada setiap kanak-kanak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.


Sebenarnya Ayue sudah lama tidak ke mana-mana event. Jadi bila ada peluang untuk pergi ke event ilmu macam ni, Ayue gunakan peluang yang ada untuk bertukar-tukar pendapat dengan ibu-ibu yang lain tentang topik yang kami bincangkan hari tu. Tapi sebelum sesi chit-chat dengan pihak Tollyjoy dan OrphanCARE, kami buat satu aktiviti menarik iaitu "Sketch A Baby". Permainan ni memerlukan kami melukis gambar baby di atas pinggan kertas yang diletakkan di atas kepala. Ya. atas kepala tau. Ayue pun apa lagi, cuba lah lukis sebaik mungkin. Tak sangka rezeki Qaayed, Ayue antara 3 ibu-ibu yang melukis gambar baby paling comel, walaupun hakikatnya lukisan Ayue tak nampak langsung bentuk baby.  Kelakar betul.



“Bagi Hari Bayi Tollyjoy 2018, kami memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi mereka. Kami sebagai ibu-bapa memahami cabaran yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu dan juga sokongan yang diperlukan mereka, terutamanya jika mereka sedang mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan membantu ibu-ibu ini mengatasi cabaran tersebut, kami juga turut membantu memberikan persekitaran yang lebih stabil dan gembira di mana si bayi boleh membesar dengan baik,” kata Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation.

Grace Ng, Manager of Tollyjoy Malaysia sharing about this year’s initiative for Tollyjoy Baby Day.

Manakala Puan Noraini Hashim, Pemegang Amanah OrphanCARE Foundation berkata, "Acara tahun ini adalah sangat penting kerana kami meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental para bayi dan ibu. Pencegahan masalah kesihatan mental haruslah bermula dari peringkat muda. Ia sangat penting untuk para ibu-bapa berinteraksi bersama bayi mereka dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria. Selain itu, para ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberikan sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik. "

Sheerin Khan, Advocacy, Communications and Fundraising Manager of OrphanCARE Foundation sharing about the foundation.

Ayue ada beritahu hari tu yang Ayue akan share ilmu yang Ayue dapat masa event Hari Bayi Tollyjoy 2018 ni kan. Ok, ini adalah sedikit ilmu tentang Kemurungan Selepas Bersalin dan Kesihatan Mental Bayi.


Kemurungan Selepas Bersalin

Kemurungan selepas bersalin atau orang kita panggil "Meroyan" adalah sebuah keadaan yang dikaitkan dengan perubahan kimia, sosial dan psikologi berikutan kelahiran bayi. Walaupun punca sebenarnya masih tidak diketahui, keadaan tersebut boleh muncul dalam pelbagai simptom termasuk berasa sedih, mudah marah, mengasingkan diri dari orang-orang tersayang, berasa terputus dari bayi, meragui kebolehan diri untuk menjaga bayi dan/atau berasa bersalah kerana tidak menjadi seorang ibu yang baik.

Antara benda yang paling Ayue risaukan selepas bersalinkan Qaayed hari tu adalah meroyan. Mak Ayue kata meroyan ni tak boleh dibawa main sebab kesannya akan memudaratkan si ibu dan anaknya sekali. Ayue faham, kebanyakkan ibu baru pasti ada masalah ketika pertama kali mempunyai anak yang perlu dijaga. Mana tidaknya, dengan keadaan diri yang masih tidak terurus, sakit dari luka jahitan, pergerakan terbatas, tenaga masih belum ada, anak pula kejap-kejap nak susu. Boleh stress dibuatnya.

Ada juga ibu yang takut untuk dapatkan bantuan sebab risau akan dipandang serong oleh masyarakat. Yela, ibu lain boleh saja uruskan hal anak selepas bersalin, kenapa si ibu ni tak boleh. Situasi-situasi macam ni lah yang mendorong kepada meroyan.

Tanda-tanda Kemurungan Selepas Bersalin
  • Masalah berhubung dengan bayi baru anda
  • Cemas dan risau
  • Serangan panik
  • Rasa tidak mampu
  • Merasa bersalah
  • Merasai ganas atau agresif
  • Mempunyai pemikiran untuk membunuh diri

Kemurungan selepas bersalin ni pula bukan berlaku pada ibu yang pertama kali melahirkan anak saja tau. Malah ibu yang sudah mempunyai anak kedua atau ketiga juga berpotensi untuk mengalami kemurungan. Mereka akan mula mendengar suara-suara, berimaginasi, dan cenderung untuk melukakan diri sendiri ataupun baby mereka. Jadi apa yang mereka perlu buat jika mereka mula nampak simptom-simptom yang Ayue senaraikan tadi?
  • Pastikan keperluan asas anda dipenuhi
  • Dapatkan bantuan disekitar rumah
  • Bercakap dengan ibu baru yang lain
  • Dapatkan bantuan professional
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting terutamanya suami. Sebagai suami, isteri anda baru saja bertarung nyawa melahirkan zuriat untuk anda. Jadi ringankan lah tulang untuk membantu mereka dari setiap segi. Berikan kata-kata semangat dan kasih sayang supaya mereka tidak cenderung untuk meroyan. Tapi, suami juga boleh mengalami kemurungan selepas bersalin ini jika situasi menjadi serius. Contohnya suami dan isteri sama penat uruskan hal anak. Anak pula meragam sentiasa hingga menyebabkan si ayah terlalu penat dan efek kerjayanya. Bahaya kan jika dua-dua kemurungan? Jadi cepat-cepat lah dapatkan bantuan sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.


Kesihatan Mental Bayi

Jika ibu kemurungan selepas bersalin, ia akan mengakibatkan pengabaian dan menyebabkan tekanan pada si bayi. Si bayi akan berasa terabai, yang menyebabkan tangisan berpanjangan dan hubungan fizikal yang berkurangan di antara ibu dan anak.

“Tekanan pada peringkat bayi dan permulaan zaman kanak-kanak boleh meninggalkan kesan jangka panjang pada pembesaran anak sehingga mereka dewasa. Banyak kajian telah menunjukkan kaitan antara ikatan ibu-anak yang penuh kasih sayang dan perkembangan sihat emosi, sosial dan kognitif anak, terutamanya ketika dua tahun pertama kehidupannya. Oleh itu, persekitaran selamat, stabil dan penuh kasih sayang yang dibentuk sejak dari kecil akan banyak membantu dalam membentuk masa depan si kecil anda dan membuka peluang untuk kejayaan kemudian dalam hidup,” kata Cik Jessie Foo.

Jessie Foo, Clinical Psychologist of Kin & KiDS sharing about Infant Mental Health and Surviving Postpartum Depression.


Kenapa Kesihatan Mental Bayi ni penting?
  • Ia membantu mengawal tekanan
  • Ia membantu mengawal emosi
  • Ia memberi kesan kepada perkembangan kognitif
  • Ia menjejaskan keupayaan bayi untuk membentuk hubungan yang sihat dengan orang lain
  • Ia mempengaruhi pembangunan harga diri & keyakinan diri

Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita sedang menjejaskan kesihatan mental anak kita sendiri dengan kurang bergaul dan abaikan mereka. Anak kecil bawah 2 tahun sangat memerlukan perhatian. Jika ibu mengalami kemurungan, macam mana mental anak nak sihat? Pencegahan masalah kesihatan mental haruslah bermula dari peringkat muda. Ia sangat penting untuk para ibu-bapa berinteraksi bersama bayi mereka dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria.

Macam mana nak pastikan Kesihatan Mental Bayi anda terbaik?
  • Luangkan masa untuk berhubung & berkomunikasi dengan bayi seperti senyum, sentuh, bercakap, bernyanyi, dan urut. 
  • Luangkan masa untuk memahami kelakuan bayi anda & isyarat 
  • Beri respons terhadap keperluan bayi anda 
  • Selesa dan meyakinkan kanak-kanak apabila mereka takut, marah, atau terluka.

Para ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberikan sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik. Jadi jangan takut untuk dapatkan bantuan ok?

Hari Bayi Tollyjoy 2018 berakhir dengan sebuah sesi perkongsian di mana para ibu-bapa, tetamu dan ahli media mempelajari tentang cara-cara membantu para ibu menangani keadaan tersebut sambil menjaga cahaya mata mereka.




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Wah! Bagus bila ada yang buat program macam ni. Good approach.

    Saya dulu pernah postpartum blues, belum kemurungan tapi ada moment tiba-tiba saya menangis sedih, tak tahu apa saya tengah buat. Alhamdulillah suami sangat banyak membantu sebab kami sama-sama duduk di negara orang.

    Program macam ni patut lebih kerap dibuat supaya masyarakat lebih aware.

    Seronok pula baca, lagi-lagi kesihatan mental bayi yang kita terlupa nak peduli.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.