Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap dan Mudah

Wednesday, January 23, 2019

Assalamualaikum. Kerabu kacang botol ni tak semua orang suka. Yang suka makan ulam macam Ayue je suka kerabu ni betul tak? Tapi percayalah, kerabu ni memang sedap sangat-sangat sampai semangkuk ni pun Ayue boleh habiskan seorang. Tapi sebab makan kat rumah mertua, kena lah control sikit kan. Haha. Resepi asal ni pun resepi mertua Ayue juga, Ayue ciplak resepi dia je. Nanti masa bulan ramadan teringin nak makan kerabu kacang botol, boleh lah buat sendiri dah. Tak payah nak beli kat bazaar ramadan yang belum tentu sedap tu. Huhu.


Resepi Kerabu Kacang Botol ni guna santan. Ada juga versi yang guna kelapa, tapi Ayue lebih suka versi yang guna santan ni sebab lagi sedap berlemak gitu, takda rasa hampas kelapa. Isi dalam dia pun boleh tukar ikut selera masing-masing. Nak guna kerang ke, lala ke, sotong ke, udang ke, semua boleh lah. Janji sedap.

Untuk resepi yang ini mertua Ayue guna lala sebab kebetulan Ayue memang bawa lala fresh dari rumah Ayue masa datang rumah mertua ni. Jadi dah alang-alang fresh tu kan, kita masak terus lah baru sedap. Okey, dah jom masak!



Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • Cili Besar - 2 tangkai 
  • Cili Padi - 5 tangkai 
  • Belacan bakar - 1 inci
  • Asam jawa - 1 sudu kecil (Paste asam jawa adabi)
  • Kerisik - 1 sudu besar
  • Santan - 1/2 cawan
  • Gula - sedikit
  • Garam - sedikit 
  • Kacang Botol - 10 tangkai
  • Bawang besar - 1 biji
  • Bunga Kantan - 1 tangkai
  • Lala/Udang/Kerang/Sotong - secukupnya, ikut selera masing-masing



Cara masak

  1. Rebus lala hingga masak, kopek buang kulit, ketepikan.
  2. Tumbuk cili besar, cili padi dan belacan, kemudian masukkan dalam mangkuk.
  3. Campurkan asam jawa, kerisik, santan, gaul rata.
  4. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Hiris nipis kacang botol, bawang besar dan bunga kantan.
  6. Campurkan ke dalam mangkuk tadi.
  7. Masukkan lala. Gaul rata. Siap!



Mudah je kalau buat kerabu ni. hiris-hiris siap. Nak lagi pedas tambah je cili padi tu ha. Mak Ayue panggil sayur malas sebab tak payah masak. Hehe. Campur itu ini dah siap. Sedap pula tu. Pembuka selera masa nak buka puasa. Kalau rajin nak buat masa sahur pun boleh juga.

Ayue ni kalau nama kerabu tu, memang favourite Ayue lah. Favourite kerabu anda apa pula?



xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. dapat partner dengan kerang mmg syokkkk la makan ni kan...kerabu taugeh pun sedap...aduhhh...kerabu mmg sedap la kisahnya!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ayu... InsyaALLAH saya try buat nanti.. dh save receipe ayu ni..

    ReplyDelete

Instagram