MYPAD 8 Review

11 February 2019

Assalamualaikum. Dalam pemilihan smartphone, setiap orang mempunyai ciri-ciri utama yang diingini. Macam Ayue sendiri, Ayue suka kan smartphone dengan kualiti camera yang baik, dan mempunyai memori yang besar supaya Ayue dapat capture moment-moment anak Ayue membesar. Tapi ada juga yang mementingkan design, warna, brand, RAM+ROM, memori, dan operating system. Biasanya orang lelaki lah yang lebih details dalam pemilihan smartphone ni. Betul ke? Tapi macam mana pula dengan tablet? ada ciri-ciri tertentu yang anda inginkan?


Tablet pilihan Ayue adalah MYPAD 8 keluaran MYFON. Sekarang ni tengah hangat tentang eTextbook oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). KPM telah mengeluarkan buku teks versi digital untuk mengurangkan beban para pelajar mengangkat buku-buku teks yang berat dan memudahkan mereka untuk belajar. Buku teks digital ni dalam bentuk EPUB, jadi para pelajar boleh lah buat nota tambahan. Siap ada video dan kuiz lagi tau. Ada banyak research company yang guna MYPAD 8 ni untuk research program mereka. Malah sekolah juga gunakan MYPAD 8 ni untuk KPM eTextbook. Haa, jangan main-main tau. Sekolah sekarang advance, semuanya dihujung jari. Nanti masa Qaayed sekolah entah apa pula teknologi yang sekolah gunakan.


Untuk tablet, Ayue pentingkan skrin yang besar, tapi tak terlalu besar sampai tak muat handbag, battery dan processor sebab Ayue akan tengok movie dekat tablet. Haha. Dah alang-alang ada skrin besar, buat apa nak tengok dekat smartphone lagi kan?


Bila Ayue dapat MYPAD 8 ni, Ayue terus excited nak guna sebab memang Ayue perlukan tablet sekarang ni. Sejak pindah rumah jauh ke hulu ni, tiap kali nak ke bandar akan ambil masa dalam sejam setengah. Penatnya la hai nak tunggu sampai ke destinasi. Sebab tu bila ada MYPAD 8 ni, Ayue boleh lah layan Netflix sekejap dalam perjalanan kan. Takda la boring sangat.



First impression Ayue masa dapat  MYPAD 8 ni, Ayue suka sebab size skrin dia sedang elok je. Tak terlalu besar. Dengan paparan 8 inci dan warna yang lebih cerah dan terang. Siap ada ciri Full View Angle, jadi memang puas hati dah tengok movie guna MYPAD 8 ni. Sound system pun boleh tahan tau, bila Ayue buka volume yang paling kuat, satu rumah ni boleh dengar sampai ke tingkat atas.









Antara ciri-ciri lain yang Ayue suka pada MYPAD 8 adalah 3G Video Call function nya. Qaayed ni sejak lahir lagi memang dia sentiasa video call dengan ayah dia. Yela, Ayue berpantang di Melaka, ayah dia kerja di Sepang. Jadi memang dia hari-hari video call ayah dia sampai lah dah setahun ni. Tiap-tiap hari memang dia nak Ayue video call ayah dia supaya dia dapat tengok muka ayah dia and nak mengadu pasal ibu. Hehe. Especially bila ayah dia pergi kerja masa dia belum bangun. Haa, memang lepas mandi je kena terus video call ayah dia. Dapat tengok muka sekejap pun jadi lah. Kalau tak memang dia buat perangai seharian.


Jadi bila guna MYPAD 8 ni untuk video call, puas lah sikit Qaayed dapat borak dengan ayah dia berbanding guna smartphone je kan. Besar sikit skrin nya. Guna WiFi saja pun boleh, janji anda dan orang yang anda nak video call tu dah install apps Google Duo. Bestnya tentang apps Duo ni, anda boleh tinggalkan video message kalau orang yang anda nak call tu unavailable. Bestkan? Sebelum ni voice message je, sekarang ni video message pulak.


MYPAD 8 ni didatangkan dengan 2GB RAM dan 16GB internal ROM. Tapi jangan risau, memorynya boleh ditambah dengan menggunakan MicroSD card sehingga 128GB. Cukup besar tak? Hehe. Nak simpan gambar dan video-video Qaayed pun takda masalah dah. Kalau tak asyik delete gambar je sebab memory tak cukup. Dah satu hal nak kena transfer gambar sana sini sebab taknak gambar kenangan hilang. Yela, moment-moment anak membesar kan seronok bila tengok balik. Takkan nak delete macam tu je. Bila dah ada tablet dengan expandable memory up to 128GB ni puas sikit.


Tablet ni laju juga sebab dia menggunakan High Performance Quad Core Processor. InsyaAllah boleh memenuhi semua keperluan anda. Ayue ada juga install games yang kecil dan besar size data aplikasinya. Ayue bukan kaki game, tapi saja lah nak cuba tengok macam mana performance MYPAD 8 ni bila main game. So far kalau main game yang data aplikasi nya kecil , memang smooth saja, takda apa-apa masalah. Main game yang data aplikasinya besar pun takda masalah. Elok saja, takda force close atau lag. Bagus kan.




Bercakap tentang camera pula, MYPAD 8 mempunyai siri 5MP Rear Camera dan 2MP Front Camera. Feature yang menarik perhatian Ayue adalah "Beauty Mode" function nya. Walaupun dengan hanya 2MP, tapi kualitinya boleh tahan juga. Boleh lah kalau nak ambil gambar buat memori. Anda yang suka guna filter nak bagi nampak kulit smooth ala-ala angels tu boleh la gunakan fungsi ni. Hehe.

Selfie (Front Camera)



Selfie Indoor/low-light (Front Camera)




MYPAD 8 juga mempunyai 2 sim kad slot. Jadi anda boleh letak 2 sim kad dalam MYPAD 8 ni. Ayue hanya ada 2 sim kad, satu Ayue letak dalam smartphone, satu lagi dalam tablet ni. Anda yang gunakan 2 sim kad, untuk personal dan juga kerja, sesuai lah guna MYPAD ni. Boleh asingkan terus, tak pening kepala nak ada 2 phone. Kelebihan orang yang pakai 2 sim kad ni, kalau pergi ke suatu tempat yang satu sim kad nya network tiada coverage, tak perlua risau sebab ada sim kad yang lagi satu. Takda lah terputus hubungan bila emergency.



MYPAD 8 ni ada 3 warna iaitu Champagne Gold, Midnight Black, dan Titanium Grey. Asalnya Ayue nak pilih Champagne Gold, tapi akhirnya Ayue pilih Midnight Black sebab nampak smart gila, classy gitu. Sesuailah dengan jiwa Ayue ni kan. Bawah ni Ayue senaraikan Spesifikasi MYPAD 8 untuk rujukan anda ya.



Basic Feature
O.S ANDROID 8.1 (OREO)
DIMENSION
WEIGHT
CPU MT8321 / 1.3GHZ QUAD-CORE

Camera
REAR CAMERA 5MP with Flash
FRONT CAMERA 2MP
FLASH LIGHT –

Display
DISPLAY SIZE 8-INCH HD IPS DISPLAY
DISPLAY QUALITY IPS DISPLAY
PPI
RESOLUTION

Network
SIM WCDMA/GSM DUAL SIM DUAL STANDBY
FREQUENCY 3G

Data
GPS SUPPORTED
BLUETOOTH SUPPORTED
WIFI SUPPORTED
OTG

Battery
BATTERY 4,000MAH

Music
MUSIC MP3、WAV、WMA、OGG、APE、FLAC、AAC ETC.
VIDEO H.264/263,MPEG4,VP8,MVC ETC.
PHOTO JPEG、PNG、GIF、BMP、ETC.

Memory
INTERNAL MEMORY 2GB RAM + 16GB ROM
EXTERNAL MEMORY MICRO SD CARD (T-FLASH CARD), MAX 64GB

Camera Shooting
VIDEO SHOOTING 720P HD, 30FRAME/S

Sensor
MOTION SENSOR SUPPORTED


Not bad kan? Pada Ayue spesifikasi yang diberikan sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Harga MYPAD 8 ni adalah RM399 sahaja termasuk FREE gift (sementara stok masih ada). Berbaloi sangat kalau nak beli. Siap ada warranty 1 tahun.

Untuk kegunaan harian Ayue sebagai blogger/fulltime mom ni, spesifikasi ni pun dah cukup dah. Boleh type blogpost dekat MYPAD 8 ni. Kalau attach dengan portable keyboard lagi best, lagi mudah Ayue nak buat kerja. Maklum lah, Ayue takda laptop. Ayue hanya guna PC untuk menaip blog. Jadi bila balik kampung, semua kerja Ayue tergendala. Nak menaip guna smartphone tak puas, haha. Ayue balik kampung 2 minggu sekali tau. Jadi MYPAD 8 ni sangat-sangat membantu.




Masa layan movie pula, jika battery tablet ni penuh, Ayue tengok 2 movie pun masih ada lagi battery nya. Battery 4000mAh nya tak cepat drain. Buat kerja lagi lah, berjam-jam hadap pun takpa. Itu salah satu ciri yang Ayue suka tentang MYPAD 8 ni. Sehari sekali saja charge. Kalau tak guna sangat, 2-3 hari baru Ayue charge. Nampak tak betapa tahan lamanya battery dia. Itupun dah kira heavy duty dah Ayue guna tu. Kalau normal usage boleh tahan sampai 2 hari tau. Kalau standby mode pula boleh tahan sampai 25hari.



Kalau anda nak beli secara pukal untuk kegunaan company atau sekolah pun juga boleh.
Berminat tak? Anda boleh beli MYPAD 8 ni dekat website mereka dengan harga RM399 saja. Affordable sangat-sangat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :
Website : https://myfon.asia/products/tablet/mypad-8/
Facebook : https://www.facebook.com/myfonmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/myfon_malaysia/

Untuk pembelian secara pukal pula, anda bole hubungi Hana di talian +60 13-507 1188 atau email saja di hana@leagoo.com.my.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. bagus jugak tab ni untuk tengok movie..heheh

    ReplyDelete
  2. Setakat ni awak pakai ok tak?..ingat nak beli satu mypad 7 sebab bajet bawah 300..so nk tahu la brand myfon ni tahan ke tak

    ReplyDelete
  3. Setakat ni pakai ok tak??..ingat nak beli mypad 7 sebab budget sikit je..cuma nk tahu brand myfon ni tahan tak

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.