Baby-Led Weaning dengan OXO Tot Stick & Stay

Thursday, March 07, 2019

Assalamualaikum. Baby-led weaning ni bukan mudah ya. Mental si ibu kena kuat sekuat-kuatnya untuk hadap sepah yang bakal dibuat oleh si anak. Ada toddler yang jenis calm, makan relax dan cepat pandai guan utensil (mostly girls). Ada juga yang jenis aktif macam Qaayed ni. ya ampun, dia makan dan buat sepah. Even Ayue dah ajar Qaayed makan sendiri dari 8 bulan lagi, tapi dia tetap ada satu peel yang lepas makan, nak angkat pinggan sendiri. Rajin terlebih.


Faham yang fasa Qaayed sekarang ni tengah fasa nak buat semua benda sendiri, tapi bab nak angkat pinggan sendiri masa tengah makan ni ibu belum approve lagi. Jadi, kena lah guna pinggan yang stick dekat meja. Ada banyak jenis ye yang Ayue dah cuba, jenis tray, jenis kayu, tapi last-last Ayue jumpa juga yang betul-betul berkena dihati. Yang melekat kuat, anak takkan dapat angkat sebab kita sendiri nak angkat pinggan tu pun boleh tahan susahnya. Haha. Tapi tu masa mula-mula lah, bila dah tahu macam mana nak buka, dah senang dah.

Pinggan yang Ayue maksudkan adalah OXO Tot Stick & Stay. Ayue ada suction plate dengan suction bowl warna teal. Cantik kan? Design dia simple je, tapi cantik.





Ciri-ciri utamanya adalah secure suction base yang melekat kuat ke permukaan sampai lah kita remove. Paling best range stick & stay ni adalah parent-friendly design, maksudnya senang dibuka oleh ibubapa, tapi susah dibuka oleh anak. Jadi takda lagi lah drama pinggan terbang, pinggan terbalik, pinggan terjatuh yang dibuat oleh Qaayed lagi dah lepas ni. Fuh, lega betul. Kalau tak penat nya la hai nak mengemas lepas dia habis makan.


Lagi satu feature yang Ayue suka adalah OXO TOT Stick & Stay Suction Plate dan bowl ni Dishwasher dan microwave safe. Boleh digunakan pada diswasher dan microwave! Yes, senang kerja ibu. Bila dah masak awal, nak panaskan makanan Qaayed cuma perlu masukkan dalam microwave je. Tak perlu lagi nak keluarkan kuali dan basuh. Bila dah ada anak ni, kalau boleh semua benda nak mudah. Takda masa nak ralit dengan benda susah. Hehe. Cuma make sure bila dah panaskan makanan anak dalam microwave tu, sebelum serve rasa dulu suhu makanan tu sesuai ke tak dengan anak. Jangan bagi panas-panas pula ok?



So far Ayue guna memang puas hati. Takda sebarang masalah. Nak bersihkannya pun senang je. Kalau taknak dia melekat bila anda nak guna before serve pada anak, hanya perlu pusingkan saja base tu sampai dia tanggal. Base tu dia jenis skru type. Buka saja suction base tu kalau anda taknak dia melekat sana sini. Kadang-kadang Ayue letak dalam peti ais, Ayue tanggalkan dulu suction base tu. Takda lah dia melekat dalam peti ais kan.


Kan best kalau range Stick & Stay ni ada bowl yang siap ada lid. Lagi senang Ayue nak simpan makanan Qaayed. Haha.

Ok lah, Mommies kalau nak dapatkan produk OXO Tot ni boleh dapatkan di Happikiddo, The Babyloft, Sharing Babyland, Baby Tree Hause, Bebehaus dan banyak lagi kedai berhampiran anda.



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments