Koleksi Baju Raya Plus Size hingga 4XL dari Adryssa Atelier X Serina RTW

Sunday, April 07, 2019

Assalamualaikum. Untuk anda yang bersize plus size macam Ayue, raya tahun ni anda jangan risau takda baju raya yang menarik untuk anda sebab Adryssa Atelier X Serina RTW ada koleksi baju raya Ready-to-Wear untuk wanita bersaiz besar! Ayue tau ramai wanita di Malaysia ni sebenarnya susah nak cari baju raya dah siap jahit yang bersaiz besar kan? Trust me, I feel you! Ayue sendiri dah rasa pengalaman tu. Dah berkenan dengan baju raya tu, sekali cari-cari saiz, takda. Alahai frust nya. Sedih ok! Kebanyakkan baju raya yang dah siap jahit di Malaysia ni bersaiz kecil, dan kalau besar pun sehingga saiz 2XL. Itu pun kadang-kadang kecil juga. Macam mana?

Haa, sebab tu Ayue kata tahun ni anda tak payah risau dah sebab Adryssa Atelier mempunyai koleksi baju raya 2019 yang bermula dari saiz S sehingga 4XL!! Yes, 4XL ye. Ayue sendiri dah cuba dan memang besar dan selesa bajunya. Selalunya baju dah siap jahit ni Ayue pakai baju size 48. Untuk koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW ni, Ayue pakai saiz 2XL. Jadi anda dah boleh cuba agak dah betapa besarnya baju yang mereka sediakan.

Oh ya, baju koleksi raya Adryssa Atelier X Serina RTW ni bukan macam design baju RTW yang biasa anda tengok dekat kedai tu tau. Yelah, Selalunya baju plus size ni limited design, tak cantik, dan nampak dull je semua. Nak membeli pun takda selera. Tapi baju koleksi dari Adryssa Atelier X Serina RTW ni semua design nya cantik dan menarik. Memang lain daripada yang lain dan mampu membuatnya anda menyerlah di pagi raya. Kebanyakan baju koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW ni diinspirasikan daripada  rekaan baju melayu tradisional. Klasik dan elegan. Ewah. Tak payah dan pening-pening nak cari kain hantar tailor ok.


Antara koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW adalah:
  1. Sakura Fall
  2. Warisan
  3. Andalusia
  4. Azalea & Eridalea
  5. Adryssa Luxe

Koleksi Sakura Fall
Koleksi ini diinspirasi daripada fesyen Asia dan Timur. Ia mempunyai potongan kurung moden dan rekaan leher seperti pakaian cheongsam. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM199 sehingga RM439.

Sakura (5 pilihan warna) - RM439

Magnolia (5 pilihan warna) - RM199

Azalea Monarch & Regal - RM439

Koleksi Warisan
Tak lapok dek hujan Tak lekang dek panas. Potongan evergreen seperti Perempuan Melayu Terakhir. Simple yet elegance. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah RM439 sepasang.

Dang Anum (7 pilihan warna) - RM439

Tun Teja (5 pilihan warna) - RM439

Koleksi Andalusia
Koleksi yang diinspirasikan daripada artifak kesenian Islam negara Sepanyol sewaktu kerajaan Moor. Merupakan hasil buatan tangan yang direka dari inspirasi keindahan Kota Alhambra. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM439 sehingga RM599.



Koleksi Azalea & Eridalea
Kurung moden yang didatangkan dengan manik yang lebih berkualiti dan mahal. Jahitan sulam dan maniknya sangat halus dan kemas. Cantik sangat jika dipakai di pagi raya. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM439 sehingga RM699



Koleksi Adryssa Luxe
Nama pun LUXE, mestilah koleksi ini akan nampak luxury, mewah dan gah. Sangat sesuia dipakai ke majlis rasmi dan dinner. Koleksi ini boleh custom made mengikut potongan badan anda dan juga boleh disewa. Harga bermula dari RM1200.



Macam mana? Berkenan tak? Cantik kan. Haa, tu lah Ayue kata tadi. Koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW ni memang lain daripada yang lain. Koleksi yang paling Ayue suka adalah warisan. Ayue memang suka baju kurung potongan pahang ni. Nampak cantik je. Sesuai untuk pelbagai majlis juga. Jadi alang-alang membeli, biar menang memakai.

Ada banyak lagi pilihan yang ada dalam koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW ni. Yang Ayue share ni hanya sebahagian saja. Setiap rekaan mempunyai 14 helai saja tau. Tak banyak sebab ianya eksklusif. Untuk setiap tempahan dan pembelian koleksi pakaian dari Adryssa Atelier X Serina RTW ianya akan memakan masa selama 3 hari bekerja kecuali koleksi Adryssa Luxe yang memakan masa selama 3 minggu. Yelah, nak ukur, nak jahit manik lagi, semua ni makan masa untuk hasil yang terbaik. Untuk tempahan, 50% deposit akan dikenakan ok?


Untuk melihat koleksi penuh, boleh layari Instagram ADRYSSA ATELIER x SERINA RTW

Atau jika anda nak ke butik terus supaya senang nak cuba baju, boleh temujanji untuk datang ke butik Adryssa Atelier di:
Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana


Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan, boleh hubungi : www.wasap.my/60192621708 .




xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. alaaa....kenapa sampai saiz 4XL je...ini diskriminasi....sobsss...dah la design dia semua cantik-cantikkk!

    ReplyDelete