Review Audelia Naturals | Essential oil untuk anak anda

18 April 2019

Assalamualaikum. Pernah tak ibubapa dekat luar sana yang pening tak tahu nak buat apa bila anak buat perangai, meragam serba tak kena? Sakit perut lah, tak nak tidur malam lah, lagi-lagi bila hidung nya tersumbat sebab selsema. Meragam lah jawapnya sepanjang malam. Aduhai, jadi zombie terus ibu dengan ayah kan. Anak sakit jangan buat main tau, emosi seisi keluarga boleh terganggu.

Sebab tu Ayue sentiasa ada pembantu yang bantu Ayue untuk handle anak bila dia meragam. Anak yang sedang membesar ni lasak nya lain macam. Ayue pula memang suka biarkan Qaayed explore semua benda. Bagi dia rasa sendiri kesan daripada tindakan yang dia lakukan. Kanak-kanak ni tak boleh dikawal sangat, sifat ingin tahu mereka tinggi. Kalau terlalu mengongkong sampai tak boleh buat semua benda, terbantut tumbesaran kreativiti mereka nanti.

Tapi bila dibiar saja, banyak pula penyakit yang datang kan? Haa, ni lah penting nya sediakan perisai untuk mereka. Kita biarkan mereka main, tapi kita pakaikan perisai supaya imunisasi mereka lebih tinggi. Kalau terkena sakit pun, ada cara untuk kurangkannya.


Mommies yang nak tahu tu, Ayue guna Audelia Naturals Essential Oil. Siap ada Mummy's Rescue Kit lagi. Lengkap semuanya untuk sakit-sakit yang sering kanak-kanak jangkiti. Macam sakit perut, selsema hidung sumbat, dan tak lena malam. Dalam satu kotak ada 4 jenis essential oil yang berbeza iaitu Immunity ( Immune booster), Tummy ( soothing tummy oil), Bedtime (calming sleeping oil ), dan Sniffles ( congestion relief ). Terpulang pada anda nak beli loose satu jenis ataupun nak beli 1 set terus. Kalau Ayue, Ayue beli 1 set terus sebab mudah, semua ada. Bila dah habis salah satu baru lah beli yang loose.



Okey jom Ayue terangkan sedikit apa kelebihan setiap satu essential oil ni ya.


Immunity ( Immune booster)

Ramuan:
Minyak Immunity ni ialah Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Boswellia Carteri Oil.


Immunity ni berfungsi sebagai memelihara dan menjaga anak daripada mudah mendapat jangkitan kuman. Antibody anak anda masih belum kuat, masih banyak lagi virus dan bacteria yang boleh dijangkiti mereka. Jadi selain daripada pengambilan vitamin, Immunity ni bertindak untuk mempertingkatkan imunisasi anak anda dari luaran.


Tummy ( soothing tummy oil)

Ramuan:
Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Mentha Piperita (Papermint) Minyak, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil.


Bayi dan kembung perut memang susah untuk dielakkan. Macam-macam petua yang Ayue dengar untuk hilangkan masalah kembung perut pada bayi ni. Apa kata selain daripada ikhtiar yang anda lakukan untuk anak anda tu, anda cuba juga sapukan Tummy oil ni. InsyaAllah dapat kurangkan masalah kembung perut anak anda tu. Anak yang ada masalah penghadaman pun boleh juga gunakan Tummy oil ni.


Bedtime (calming sleeping oil )

Ramuan:
Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Litsea Cubeba Fruit Oil, Ocimum Basilicum (Basil) Minyak, Eucalyptol, Geraniol, Alpha-Terpineol, Linalool, Linalyl Acetate.


Ok, ini yang paling Ayue suka. Mujarab betul dengan Qaayed. Sekarang ni Qaayed tengah lasak, siang hari memang dia main sampai berlemuih. Ketawa, jerit, nangis. Semua emosi ada. Jadi bila malam, kadang-kadang dia susah tidur walaupun badannya penat. Bila dah tidur pula dia mengigau! Allahuakbar, macam-macam perangai betul. Hehe. Tapi sejak Ayue sapukan Bedtime oil ni, alhamdulillah, nampak perubahannya. Qaayed dapat tidur lena.


Sniffles ( congestion relief )

Ramuan:
Isopropyl Myristate, Capri Triglycerides, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Minyak Peel, Citrus Limon (Lemon) Minyak Peel, Minyak Mentha Piperita (Peppermint), Eucalyptus Globulus Leaf Oil.


Yang ini Ayue belum sempat guna lagi pada Qaayed sebab Qaayed jarang selsema. Tapi Ayue ada baca review yang Sniffles oil ni sangat bagus untuk hidung tersumbat, sesak nafas, juga untuk melegakan batuk. 


Sebab tu Ayue kata anda beli saja satu set Audelia Naturals ni. Lengkap semuanya untuk keperluan anda anda. Harga satu set/per kotak hanya RM149. Manakala harga sebotol RM39.

Ayue suka semua essential oil ni sebab packaging nya sangat comel dan cantik. Botolnya pun kecil, mudah untuk dibawa ke mana-mana. Yang sentiasa ada dalam beg Ayue adalah Immunity dan Bedtime. Eh bedtime ni bukan untuk tidur malam saja tau. Kalau tiba-tiba anak buat perangai tantrum tak tentu pasal tu, anda boleh juga sapukan sedikit pada mereka supaya mereka lebih tenang. Haa, baguskan. 


Untuk anda yang berminat, sebarang pembelian dan keterangan lanjut boleh layari:

Website: https://audelianaturals.com/
Facebook: https://www.facebook.com/audelianaturalshq
Instagram: https://www.instagram.com/audelianaturals/



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.