Menang Proton X70 dari Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019

Friday, April 19, 2019

Assalamualaikum. Lebih kurang dua minggu lebih saja lagi kita nak menyambut kehadiran Ramadan. Anda dah bersedia ke belum tu? Puasa dah habis ganti? Hehe. Selalunya bila Ramadan bakal tiba ni, Ayue memang akan siapkan list menu untuk sahur dan berbuka. Maklum lah, bila dah berkeluarga ni, takda masa nak mengelamun pagi-pegi termenung nak masak apa. Dari buang masa fikir nak masak apa untuk sahur dan berbuka, baik Ayue sediakan list siap-siapkan. Senang, mudah. Tak pening kepala. Menu yang Ayue listkan tu termasuklah menu air sekali. Hari-hari minum teh o ais dengan sirap bosan juga kan. Bila ada list dapat lah variety kan sikit minuman untuk berbuka tu. Selalunya bila bulan Ramadan, Ayue suka buat stok air. Beli siap-siap minuman kegemaran kami suami isteri. Jadi bila teringin nak minum tu boleh terus ambil dalam peti ais.


Bulan puasa anda suka minum air apa? Ayue dengan suami suka minum air soya keluaran Yeo’s. Yeo’s pula ada buat Peraduan Raya Bergaya dengan hadiah yang lumayan untuk setiap pemenangnya. Lagi lah seronok nak membeli ye tak? Hadiah utamanya Proton X70 tau! Yang takda rezeki menang Proton X70, ada lagi hadiah lain sebanyak RM200,000 yang Yeo’s nak hadiahkan pada pelanggannya. Excited ok. Mana lah tahu ada rezeki menang Proton X70, beraya sakan lah jawapnya.



Cara nak join pula mudah saja.

Langkah 1:

  • Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan). 
  • Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.


Langkah 2:
Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi). Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:

  1. Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  2. Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.


Langkah 3:
Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873. Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.


Langkah 4:
Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.


Allahuakbar, mudahnya peraduan ni? Syaratnya pun mudah saja untuk ditunaikan. Yang penting anda kena baca dulu semua terms & condition sebelum join peraduan ni ya.



Oh ya, baru-baru ni Ayue ada ke Tesco nak beli stok air soya Yeo’s untuk rumah mak. Haa, jangan main-main, mak Ayue pun peminat setia soya Yeo’s ni tau. Ayue perasan yang Soya Yeo’s sekarang dah ada dalam botol 1 Liter. Lagi mudah lah nak simpan dalam peti ais lepas ni. Dulu dalam kotak semua kena letak menegak. Sekarang nak letak terbaring pun tak risau sebab tak tumpah dah. Senang nak alihkan dan disimpan di mana-mana. Malah kesegarannya pun dapat dikekalkan sebab ia menjalani proses pengisian sejuk. Paling Ayue suka botolnya nanti lepas habis diminum boleh dikitar semula. Ini yang kita nak betul? Ayue terus beli 8 botol. 4 botol rumah mak, 4 botol lagi rumah Ayue. Hehe. Nanti sebelum puasa nak beli lagi lah. Senang nak hidang bila sahur dan berbuka kan.


Anda jangan lupa join Peraduan Raya Bergaya tu ok? Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda? Di produk keluaran Yeo’s. Eh? Hehe. Best of luck!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari : http://www.yeos.com.my/yeos-peraduan-raya-bergaya/




xoxo,

You Might Also Like

2 comments