Beli Baju Raya Borong Dari China

24 April 2019

Assalamualaikum. Seminggu je lagi nak masuk bulan, berdebar pula rasanya. Tak sabar rasa macam mana berpuasa bila dah ada anak ni. Agak-agak Qaayed ikut bangun sahur tak? Hehe. By the way, Ayue dah siap beli baju raya dah. Advance kan? Puasa pun belum, baju raya dah settle? Haha, memang sengaja cari awal-awal supaya senang, tak perlu nak hadap timbunan orang yang berpusu-pusu membeli baju raya masa bulan Ramadan nanti. Yang penting baju melayu Qaayed dah ada. Yang lain tu tinggal baju-baju untuk pergi open house je. Shopping online pun boleh, takda penat sangat masa puasa nanti. Hey, bila dah ada anak ni penat dia lain macam tau. Tambah-tambah Qaayed sekarang fasa toddler, memang tak reti duduk diam. Shopping masa tak puasa ni pun dah penat, ini kan pula masa puasa nanti. Henti kan je lah niat tu. Nanti shopping ke mana, anak ke mana.

Sebut pasal shopping online ni, anda selalu shopping online dekat mana? Murah tak? Cantik tak? Kalau Ayue, Ayue selalu shopping baju-baju jalan Qaayed dekat SgShop je. Memang dari dia belum lahir lagi Ayue dah shopping baju-baju dia dekat SgShop. Masa mengandung tak larat jalan, memang shopping online je. Ni shopping baju raya pun dekat situ jugak. Haha. Memang dah terbiasa kalau nak cari apa-apa yang cantik, tapi murah, memang akan beli barang dari China melalui website SgShop ni dulu.


Ayue pernah tulis tentang SgShop ni dulu dekat sini, anda boleh lah baca kalau nak tahu kenapa Ayue suka shopping dekat SgShop ni.

Baca : https://www.ayueidris.com/2016/09/cara-beli-barang-borong-di-taobao.html


Untuk anda yang tidak tahu, Sgshop ni sebenarnya adalah agen Taobao di Malaysia. Siapa yang pernah singgah website Taobao mesti tahu yang Taobao ni ada banyak sangat barang yang cantik, tetapi dijual dengan harga yang sangat murah. Jauh beza harganya dengan pasaran di Malaysia tau. Berkali-kali ganda murahnya. Tak perlu pening-pening nak translate bahasa cina dari website taobao tu sebab dekat SgShop memang dah siap sedia bahasa english. Sekarang ni pula dah ada bahasa Malaysia tau!! Bertambah mudah lah nak shopping. Semua orang faham apa yang di tuliskan. Bukan tu je, interface website SgShop pun dah baru sekarang. Lebih mesra pengguna dan mobile web design yang lebih responsive.

Cara nak tukar bahasa ke bahasa Malaysia pun mudah saja, anda hanya perlu pergi ke bahagian Menu  di mobile web browser atau di belah atas kiri desktop web browser. Tukar saja ke bahasa Malaysia, dan klik "Save". Haa, dah tukar ke bahasa Malaysia dah. Mudah kan?


Lepas ni mudah lah Ayue nak explain dekat kawan-kawan yang tak berapa mahir gunakan website SgShop ni. Ayue selalu sangat dapat email, DM tanya tentang SgShop tau. Tanpa jemu Ayue jawap soalan-soalan anda semua sebab Ayue nak anda pun sama dapat shopping barang yang murah dari SgShop. Lagi-lagi nak raya ni, kena pandai berjimat cermat.


Ni lah dia baju-baju yang Ayue beli untuk Qaayed untuk raya nanti. Comel kan? Semua baju-baju ni murah sangat-sangat, serious! Biasa Ayue jalan dekat mall, baju tshirt collar macam ni sehelai dalam RM30 ke atas. Kalau kemeja pula dalam RM40 ke atas. Mahalnya la hai. Kalau anak seorang boleh lah lagi gigih membeli. Kalau anak ramai? Koyak poket dibuatnya. Seluar pun sama mahal tau. Pendek kata baju budak-budak ni memang mahal lah dari baju orang dewasa. Haha.



Nak tahu berapa Ayue beli baju-baju Qaayed ni? Haa, range harga sehelai cuma dari RM13 - RM20 saja. YES! begitu lah murahnya barang dari SgShop ni. jimat berganda-ganda. Boleh beli banyak helai terus. Kualiti pun alhamdulillah, so far Ayue beli baju Qaayed, takda lah sehari-dua pakai dah koyak. elok je pakainya, material pun jenis sesuai untuk kanak-kanak. Baju lama-lama Qaayed masa baby pun Ayue dah simpan elok-elok dalam tong. Boleh turun ke adik Qaayed pula nanti. Haa, macam tu sekali bagusnya baju yang Ayue beli ni. Tips dia kalau nak beli, baca dulu description barang yang anda nak beli tu. Mostly seller dah tunjuk siap-siap contoh material yang mereka guna untuk buat baju tu. Siap zoom-in lagi details baju tu, jadi anda tahu lah macam mana baju yang anda beli nanti. Kain tebal ke kain nipis ke. Ok? Jangan main beli je tau.



Selain dari baju, Ayue ada juga beli mainan untuk Qaayed. Mainan pun sama mahalnya dengan baju. Ayue pula memang suka beli mainan dekat Qaayed. Tiap-tiap bulan ada saja mainan baru sebab Qaayed jenis cepat bosan, jadi mainan dia kena variety. Tapi takda lah sampai membazir beli mainan yang bukan-bukan. Selalunya Ayue akan beli mainan Qaayed ikut tahap umur dan keperluan dia.







Contoh macam sekarang Qaayed dah masuk 19 bulan. Jadi apa yang Qaayed perlu main untuk tingkatkan motor skills dia, mainan tu lah yang Ayue akan beli. Since Ayue ni housewife, jadi Qaayed homeschool saja dengan Ayue. So Ayue kena lah make sure yang tahap pencapaian Qaayed sama macam kanak-kanak yang pergi ke taska/tadika supaya Qaayed tak ketinggalan. Kebetulanan masa Ayue tengah cari mainan yang sesuai untuk Qaayed, Ayue ada ternampak post Instagram dari Occupational Therapy For Kids tentang mainan yang sesuai untuk improve fine motor skills untuk kanak-kanak umur setahun. Ayue pun apa lagi, cari lah mainan yang Qaayed belum ada tu.


Malangnya bila Ayue tanya apa nama mainan yang di dalam gambar tu, tiada respon dari pemilik akaun tu. Pening kepala juga lah Ayue nak mencari nama mainan tu kan. Nasib baik sekarang SgShop dah boleh search item menggunakan gambar saja. Ayue terus save gambar mainan tu dan cari menggunakan icon camera di bahagian search tu. Alhamdulillah jumpa juga mainan tu di SgShop dengan harga yang murah. Dari harga USD19 di website lain, hanya RM19 saja di SgShop. Barang mainan yang sampai pun semuanya kualiti tiptop. Sama sebiji macam yang asal. Yang penting Qaayed boleh main dan asah motor skills dia seperti yang sepatutnya.


Buckle Toys search result

Mesti anda tertanya-tanya tentang shipping kan? Memang lah harga murah, tapi shipping pula macam mana? Nanti harga shipping lagi mahal dari harga barang pula. Haa, ni lagi satu tips untuk anda yang nak borong barang dari China. Mulai dari Nov 2018 lagi SgShop dah perkenalkan SHIOK Shipping Program untuk membantu pembeli menghantar parcel yang besar dengan harga shipping yang murah. Program ini anda perlu subscribe dulu ya dengan harga serendah RM0.52 saja sehari. Dengan SHIOK, anda boleh ship parcel seberat 3kg ke atas dengan 30% diskaun shipping fee. Menarik kan? Untuk maklumat lanjut tentang SHIOK Shipping Program, anda boleh layari : https://www.sgshop.com.my/shiok/default/landing-page



Atau!! Kalau anda nak beli terus RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020) ni boleh terus klik di bawah. 

Klik Butang Dibawah Sekarang Untuk
Mendapatkan Ebook Yang Hebat Ini!

RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020)

Ayue ada tulis full review tentang buku ni di post : https://www.ayueidris.com/2020/12/rahsia-taobao-panduan-import-barang-china.html. Jemput baca.

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.