5 Cara & Rawatan Hilangkan Jeragat dengan Cepat

10 April 2021

Masalah jeragat di Malaysia ni sangat common sebenarnya sebab rakyat Malaysia memang ramai yang mempunyai masalah jeragat sama ada sikit ataupun sudah kronik. Ayue pasti ramai juga yang tercari-cari info tentang cara-cara hilangkan jeragat serta rawatannya bukan? Selain dari rawatan laser yang menelan belanja harga beribu ringgit, anda juga boleh cuba cara pudarkan jeragat seperti yang Ayue senaraikan dibawah sebab jika anda buat rawatan laser pun, tapi tidak menjaga kulit muka anda, jeragat tetap akan timbul kembali. Jadi lebih baik mencegah dari merawat kan? 



APA ITU JERAGAT?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.


PUNCA JERAGAT BERLAKU


1) TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

Ultraviolet A

Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B

Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C

Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.

2) PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.

3) PENGGUNAAN KOSMETIK

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.


4) FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.


TIPS MERAWAT JERAGAT YANG ANDA WAJIB CUBA


Siapa ada masalah jeragat? Rimas kan tiap kali keluar rumah kena pakai makeup tebal untuk sembunyikan jeragat. Tiap kali pandang cermin rasa nak menangis tengok jeragat makin banyak tumbuh kat muka.

Dah cuba macam-macam produk kecantikan tapi tiada perubahan pun. Jangan susah hati. Jom Ayue kongsikan tips merawat jeragat. Yang last tu dijamin berkesan.

1) Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur

Jangan sesekali tidur dengan muka yang tak bersih. Orang yang serius menjaga kecantikan kulit sangat pantang kalau tidur dalam keadaan muka berminyak atau masih ada makeup. Jangan diamalkan kalau nak muka sentiasa cantik berseri dan bebas dari masalah jeragat. Nak cantik tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli produk kecantikan mahal. Formulanya mudah sahaja: RAJIN.

2) Produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya

Point yang ni sangatlah penting. Elakkan sama sekali produk kecantikan yang ada bahan kimia merbahaya & bahan pengawet merbahaya. Kalau diperhatikan, pasaran Malaysia dibanjiri produk kecantikan baru yang belum tentu selamat untuk kulit muka. Mula-mula pakai kulit jadi cantik kononnya flawless tapi lama-kelamaan bahan merbahaya yang meresap ke dalam kulit akan menyebabkan kerosakan kekal. Bila berhenti guna produk tersebut, habis muka jadi rosak. Keluar bintik hitam jeragat kat muka. Besar-besar pulak tu. Segan nak keluar rumah berjumpa orang. Lagi malang kalau berlaku kerosakan pada hati dan buah pinggang atau disahkan mengidap kanser kulit.

3) Sinaran matahari

Kalau kita terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari yang terik, jeragat akan semakin subur dimuka. Bukanlah kami kata tak boleh keluar rumah langsung. Boleh. Tapi pastikan pakai pelindung uv tiap kali keluar rumah. Jangan lupa pakai pelembab dan sunscreen.

4) Rutin kecantikan

Jika anda masih belum ada rutin harian, mulakan sekarang juga! Rutin harian sebenarnya sangat mudah jika anda faham tentang keperluan kulit anda. 5 produk asas yang anda perlu ada ialah Pencuci muka, Toner, Moisturise, Exfoliator, dan Sunscreen. Tak boleh 3 asas je, kena 5 juga. Kenapa? Ok jom Ayue terangkan. 

Cleanser

Why cleanser is very important? Sebab kulit kita setiap hari terdedah dengan udara and kotoran. Even kalau kita duduk rumah kulit kita still akan terdedah dgn udara yang ada bacteria sebab kita tak nampak pun bacteria tu. Lagi-lagi kalau kita keluar, jadi cleanser ni berfungsi untuk membersihkan kotoran yang ada dekat muka dan pori-pori kita. Sebab mencuci dengan air sahaja tak cukup lagi-lagi kalau kulit berminyak, oil dan air tidak akan meresap kedalam kulit.

Toner

Bila kita cuci muka, pori kita akan terbuka sebab masa cleanse tu kita bersihkan pori muka kita. Jadi, toner ni berfungsi untuk tighten up balik dan tutup balik pores dekat muka kita. Kalau tak nanti, bila pakai makeup masuk dalam pores and pores sumbat. Bila pores sumbat mulalah naik jerawat.
 

Moisturizer

Kulit kita ni ada natural moisture dimana kulit kita ni sebenarnya mengandungi air untuk melembab dab tak kelihatan kusam. Kalau kita tak pakai moisturizer, kulit akan jadi kering sebab air dalam kulit kita tak lock dengan sebarang moisturiser. Jadi function moisturizer ni adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita dalam masa yg sama bagi hydration pada kulit.
 

Exfoliator

Exfoliater sangat penting. At least 1 kali seminggu kita kena exfloliate kulit. Why? Sebab kulit kita dalam sehari menghasilkan berjuta juta cell baru dan sel kulit mati. Cell kulit mati akan berpindah ke lapisan paling luar iaitu epidermis, manakal cell baru take place dekat lapisan dalam. Jadi, kalau kita tak exfloliate kulit kita, ia tersumbat dengan sel kulit mati dan benda tu akan membuatkan kulit kita kering dan berminyak. Malah sebarang produk yang kita pakai juga tidak akan masuk ke dalam kulit pun. Dia terhalang oleh sel sel kulit mati tu.
 

Suncreen

Sunscreen ni sangat penting sebab dia halang sinaran uva/uvb untuk penetrate masuk terus kelapisan dermis iaitu lapisan yang paling dalam. Kalau UVA/UVB berjaya penetrate masuk ke dalam kulit kita, dia boleh merosakkan sel dalam kulit dan meningkatkan penghasilan melanin yang buatkan pigmentation terhasil. Sebab tu kenapa sunscreen sangatlah penting. Walaupun anda tak keluar rumah pun kena pakai tau. Banyak kesan buruk kalau tak pakai, contohnya pigmentations, aging and skin cancer.


5) Produk khas untuk memhilangkan jeragat

Nak Ayue share produk untuk menghilangkan jeragat dengan sangat berkesan dan terbukti mampu memhilangkan jeragat dengan efektif? Haa, produk yang Ayue maksudkan adalah Mary Kay LumiVie set. Set ni adalah khas untuk anda yang mempunyai masalah jeragat, kulit kusam, dan tona tidak sekata. Bukan saja masalah jeragat anda akan hilang, malah kulit anda juga akan mula putih secara semulajadi dan selamat. 






Info lanjut tentang set LumiVie, boleh baca di sini:



Nak cuba Mary Kay® LumiVie ni? Kalau anda perlukan consultation Ayue, DM je ok? Ayue akan consult anda sampai anda faham tentang masalah kulit anda dan bantu selesaikan masalah kulit anda. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok? 


Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.