Tutorial Beli Borong Barang China di Taobao & 1688

17 November 2020

Assalamualaikum. Haa, nama pun tutorial, mesti lah nak ajar macam mana nak beli barang secara borong dari China kan. Tutorial ni akan ajar anda buat duit dengan mudah bila anda sudah mahir mendapatkan sumber yang murah di Taobao dan 1688. Bukan mudah nak dapat lubuk barang hebat dari China kan? Haa, ni Ayue nak share ni.

Bukan tu saja tau, Ayue nak share sekali macam mana bila dah beli barang borong dari China, dan nak menjual di Shopee. Maklum lah, Shopee kan tempat paling popular di Malaysia sekarang kalau nak menjual. Kalah L*z*d*. Ayue suka berniaga di Shopee sebab Shopee ada menyediakan platform penghantaran yang sangat murah dan sistematik. Macam-macam benda ada dalam Shopee tu. Soon, barang anda pula!

Banyakkan? Macam mana nak dapat banyak ni? Haa, baca lagi.

Update:
Ayue ada tulis tentang Cara Beli Barang Borong Murah Dari China Step by Step Online juga hari tu. Kalau anda nak baca tentang beli barang borong dari China yang updated 2021, boleh baca entry Ayue yang latest ni ok.

Atau jika anda nak baca tentang Cara Buat di Shopee Tanpa Produk Sendiri & Sebagai Dropship, boleh baca letak sini ok.


Cara yang bakal Ayue share ni sangat menjimatkan kos sebab anda dah tak payah nak ke China lagi dah nak cari dan pilih barang. Semua tu kos ok! Bila kos tinggi, modal tinggi, jadi barang yang dijual pun terpaksa letak harga yang tinggi kan. Jadi bila dah cut kos perjalanan ke China, dapat lah anda menjual barang borong anda tu dengan harga yang murah sedikit. Pembeli mesti cari yang lebih murah kan. Anda boleh cuba jual baju raya ke, pokok fiddle fig atau skybird yang viral tu ke, perhiasan rumah, kasut raya, barang baby, eh banyak lagi lah.


Tapi sebelum tu, apa Taobao dan 1688 ni sebenarnya? Untuk anda yang belum tahu, TAOBAO & 1688 adalah sebuah website e-commerce terbesar di China yang dilahirkan di dalam ALIBABA GROUP OF COMPANIES. TAOBAO & 1688 mempunyai lebih 70 juta produk yang dikeluarkan oleh kilang-kilang yang terdapat di seluruh China. TAOBAO merupakan website khas untuk pembelian secara retails dan belian untuk kegunaan peribadi/sampel perniagaan. Manakala 1688 pula merupakan website khas kepada kaki borong terus dari China dengan pilihan borong serendah 2-3 unit sahaja. TAOBAO mengumpulkan seller/ejen Kilang dari pelbagai latar belakang, manakala 1688 menampilkan 2 golongan penjual sahaja, iaitu Pemborong & Kilang. Haa, faham tak?

Nak tahu kenapa Taobao dan 1688 sekarang dah jadi tempat shopping rakyat Malaysia? Sebab ini!! Cuba anda compare sendiri harganya.




Menariknya? Jauh lebih murah kan. Sebab tu lah kalau anda pandai beli borong dari Taobao dan 1688, insyaAllah anda boleh buat duit dengan mudah. Raya ni masyuk lah. Hehe.



Ok, tutorial yang Ayue nak share ni merangkumi semua benda di bawah.

1️⃣  8 Video Tutorial A to Z Panduan Pembelian di Taobao
TOPIK PENTING DI DALAM:
- Panduan Buka Akaun
- Teknik Carian Barang
- Teknik Menapis Seller
- Teknik Pembayaran
- Info lengkap Shipping China ke Malaysia

2️⃣  7 Video Tutorial A to Z Panduan Memborong di 1688.com
TOPIK PENTING DI DALAM:
- Teknik Carian Barang
- Teknik Menapis Kilang
- Teknik 'custom product' guna WeChat
- Teknik Pembayaran Menggunakan Alipay
- Info Shipping China ke Malaysia

3️⃣ Ebook Panduan Pembelian di Taobao & Cara Borong di 1688.com
TOPIK PENTING DI DALAM:
- Panduan Buka Akaun
- Teknik Carian Barang
- Teknik Menapis Seller & Kilang
- Teknik Pembayaran Taobao & Alipay 1688
- Info lengkap Shipping China ke Malaysia

4️⃣ Ebook Panduan Menjual Lengkap A to Z di Shopee
TOPIK HANGAT DI DALAM:
- Tips Membuka Akaun Shopee
- Teknik Marketing di dalam Shopee
- Cara untuk menjadi Preffered Seller
- Free Shipping Programme
- Kepentingan Database Buyer

5️⃣ 7 Video Tutorial Menggunakan Sistem Shipping MyWau dari China ke Malaysia
TOPIK PENTING DI DALAM:
- Panduan Mendaftar Kod Ahli MyWau

- Panduan Kemaskini Parcel Anda
- Teknik Mengurus Shipment Anda

- Perkongsian WeChat Seller ID MyWau yang Trusted
- Teknik Pembayaran Alipay & WeChat Pay MyWau

6️⃣ Percuma 2 Bulan Subscription Aplikasi Penghantaran China - Malaysia

7️⃣ Katalog LINK Kilang / Seller yang Trusted di 1688.com

8️⃣ Katalog WECHAT ID Seller yang Trusted & Murah



Haa, lengkap ke tak lengkap? Siap dengan video tau. Rasa tertarik nak belajar tutorial Beli Barang Borong dari Taobao China tak? Kalau tertarik, meh Ayue nak share. Anda hanya perlu beli tutorial lengkap ni sekali saja dan anda dapat kesemua list tutorial yang Ayue senaraikan tadi.


Video & Ebook Panduan Borong China Online MyWau




Kalau anda dah baca Ebook, dah tengok Video, pun tak faham juga, takpa, MyWau ada support group dari Facebook, Whatsapp dan juga Telegram. Pilih saja medium mana yang sesuai dengan soalan ada, tanya saja mesti ramai yang akan jawap dan bantu anda. Macam Ayue, apa saja soalan yang Ayue tak faham mengenai cara nak beli barang borong dari China ataupun tentang kos shipping barang borong China ke Malaysia, semuanya Ayue tanya dalam support group tu. Jangan segan silu. Anda dah beli tutorial ni, kena lah usaha sampai berjaya kan. Raya nak dekat tau, ingat sikit. Usaha lebih, beraya sakan lah anda tahun ni.



Anda tengok lah testimoni semua yang dah belajar tutorial borong barang dari China ni Semuanya buat sale kaw-kaw. Ayue suka sebab semuanya Ayue pantau hanya di hujung jari. Mudah dan cepat.




Eh, bukan tu saja tau. MyWau juga ada buat kelas untuk anda yang masih juga tak faham bila dah baca dan tonton video tutorial tu. Takpa, jangan risau. mereka akan tolong sampai anda betul-betul faham dan dapat membeli dari taobao dan menjualnya. Jangan risau ok? 



Jangan berlengah lagi. Cepat-cepat grab peluang yang ada ni. Bukan senang nak dapat tutorial lengkap macam ni tau. Rugi kalau anda tak rebut peluang yang ada depan mata ni. Manalah tahu tahun depan dah dapat hidup lebih selesa dari sekarang? Rezeki, siap tahu kan. Yang penting langkah pertama tu kena ambil dulu. Beli tutorial panduan lengkap beli barang borong online dari Taobao dan 1688 ni ok.



Atau!! Kalau anda nak beli terus RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2021) ni boleh terus klik di bawah. 

Klik Butang Dibawah Sekarang Untuk
Mendapatkan Ebook Yang Hebat Ini!

RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020)

Ayue ada tulis full review tentang buku ni di post : https://www.ayueidris.com/2020/12/rahsia-taobao-panduan-import-barang-china.html. Jemput baca.





Join the conversation!

  1. Siapa ada ilmu cara nak borong dari China ni memang seronok buat duit. Rugi kalau tak belajar kalau benar nak berniaga

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.